Roti Sardin Goreng Rangup
.... السلام عليكم
Allah SWT memerintahkan kita agar tidak membazir. Membazir adalah saudara Syaitan, orang membazir dibenci Tuhan. Manusia pembazir, rezeki mereka akan menjadi saksi di akhirat terhadap pembaziran mereka di dunia. Pendeknya, membazir boleh menjadi punca seseorang masuk neraka, wal i’yazubillah.
Bersesuaian mukadimah tersebut, menu kitar semula mengisi ruang entri untuk hari ini. Menu ringkas ini boleh disajikan pada waktu sarapan, minum petang ataupun sebagai snack untuk anak-anak.
Di dapur ada roti yang hampir nak expired. Rakyat rumah ni usahkan nak makan jeling pun tak mau. Jadi sebelum roti-roti tu berkulat eloklah iza buatkan sesuatu. Sememangnya banyak resepi mengunakan roti. Memandangkan dah lama tak buat roti goreng rangup maka iza pilih yang ini.
Dulu sebelum ada blog dah pernah buat tapi guna kaya sebagai inti. Memang sedap dan rangup terutamanya tika panas-panas. Kali ini iza gunakan lebihan lauk sardin sebagai inti. Sebagai tambahan iza tambahkan dengan potongan bawang dan cili ke dalam sardin.
Hasilnya selepas digoreng...wallaah...sedap dan rangup sekali...
Rasanya dah ramai tahu resepi ni...
Tapi tak apalah iza nak kongsikan juga sebagai rujukan...
ROTI SARDIN GORENG RANGUP
adapted from Roti Goreng Rangup@Hasuesource : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan tepung gandum
- 2 1/2 cawan air
- 2 sm marjerin
- 1 sudu kecil garam dan gula (gula bukan sebagai perasa tapi nak bagi kuih sedikit berkilat)
- sedikit pewarna kuning
- 8 keping roti
- secukupnya Inti Sardin
- sedikit bancuhan tepung - sebagai gam
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Di dalam bekas, satukan tepung bersama marjerin, garam dan gula. Bancuh dengan air (nak senang guna whisk ya...). Warnakan kuning dan ketepikan.❀ Untuk roti : Ambil sekeping roti, canai sehingga agak-agak nipis. Potongkan pada dua bahagian. Ambil satu bahagian isikan dengan sedikit inti. Basahkan keliling dengan gam. Lipatkan dua dan tekan sekeliling dengan garfu. Buatlah sehingga habis.
❀ Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng.
❀ Celupkan roti tadi ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. Sedap dimakan masa panas-panas...
Selamat Mencuba...
والسلام
4 comments:
mengancam you!!
akak resepi nmpk mudahh boleh cube nii
Alhamdulillaah.. Saya dah Cuba and it's delicious... Crispy and rangup... Tak berminyak rasa Nya... You all should try... More sedap dimakan panasss panassss... Selamat mencuba and thanks for the wonderful resipe :) :) :)
sedapnyer :-)
Post a Comment