Bhunna Gosht
.... السلام عليكم
Caakkk!...Bersua kembali pada edisi pembuka tirai di bulan april.
Ada yang merindu bila SSK tiga empat hari menghilang? Mana mungkin ada yang merindu. Tak main lah rindu-rindu...apa lah sangat pada SSK...tak gitu. Cuma sekadar blog picisan yang tak sehebat mana jika nak di bandingkan dengan blog-blog masakan lain yang lebih gah, lebih hebat, lebih popular dipersada dunia blogging. Apa pun SSK akan masih setia di sini cuba berkongsikan resepi dengan teman-teman semua. Setiap resepi yang dipublishkan di sini telah melalui proses eksperimentasi dan diujirasa di makmal dapur SSK.
Okeyy...hari ini iza nak share satu resepi yang diberi nama Bhunna Gosht. Baca dan bunyikan betul-betul...gosht bukan ghost ya...hehheh. Pasti ada yang mengerut-ngerut dahi tuu tertanya-tanya mengapa bunyinya pelik giteww. Jangan ditanya kerana iza sendiri pun kurang jelas apa maksudnya. Walau nama agak memelikkan namun keenakan resepi ni sungguh sungguh menyengat...sengatan amat berbisa sekali... Iza tukil resepi daripada buku masakan Puan Asmah Laili di mana setiap masakan yang dicuba di dalamnya pasti tidak akan mengecewakan...semuanya sedap-sedap belaka.
Resepi asal menggunakan daging kambing tapi disebabkan si tukang masak nih tak makan kambing maka digantikan dengan ayam. Memang padan sangat jika diregukan dengan nasi beriani atau nasi berperisa yang lain...paling tidak dengan roti pun sodapp! Kalau resepi dah memang sedap makan dengan apa sekalipun tetap sedap. Ater apa tunggu lagi moh ler kita nengok cam mana ghuper nak masak bhunna gosht ni...mohh kita...
BHUNNA GOSHT
by Mumtaj Begum Omar
source : Iza Akma SSK
source : Iza Akma SSK
BAHAN A :
- 5 biji buah pelaga
- 1 jari kayu manis
- 3 helai daun Bay
- 1/4 cawan minyak untuk menumis
BAHAN B :
- 5 kuntum bunga cengkih
- 10 biji lada hitam
BAHAN C :
- 3 bji bawang besar, dihiris
BAHAN D :
- 1 kg daging kambing tanpa tulang, dipotong dadu ~iza ganti dgn ayam, digaul dengan serbuk kunyit & digoreng 1/2 masak
- 1 1/2 sudu makan pes halia
- 1 1/2 sudu makan pes bawang putih
- 5 biji lada hijau, dicincang
- 1 sudu teh garam
BAHAN E :
- 3 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk cili
- 1 sudu teh garam masala ~iza tak buat
- 1 sudu teh serbuk kunyit
BAHAN F :
- 3 biji tomato, dikupas kulit & dikisar ~iza tak kupas kulit..blend sekali
BAHAN G :
- 1/2 cawan tairu, dipukul sebentar
- 3 sudu makan santan pekat
- 1/2 cawan air
BAHAN H :
- 2 tangkai daun ketumbar, dihiris
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan A sehingga meletup-letup...hati-hati jangan sampai hangus. Masukkan bahan B dan tumis lagi selama 2 minit. Masukkan C dan goreng sehingga bawang garing sedikit, selama lebih kurang 15 minit.
❀ Masukkan D dan goreng lagi selama 15 minit, sambil dikacau selalu. Lalu masukkan E, goreng selama 15 minit lagi. Masukkan F iaitu tomato yang yang telah dikisar halus. (iza masukkan ayam yang telah digoreng 1/2 masak tadi pada step ini). Gaul dan balik-balikkan selama 5 minit lagi. Ini diikuti dengan bahan G, gaul rata dan biarkan masak, dengan sentiasa dikacau dan dibalik-balikkan sehingga daging empuk dan lembut, sementara kuahnya menjadi pekat (iza lebihkan sedikit kuantiti air, jadikan anggaran 3/4 cwn supaya dapat masak lama sikit...ikut petua orang tua2...lagi lama direnihkan lagi sedap kerana rempah ratusnya lebih mesra ). Bila hidangannya hampir siap, taburkan dengan bahan H.
❀ Daging kambing yang dimasak ini, harus dibiarkan masak didalam jusnya sendiri. Itu sebabnya air yang digunakan tidak begitu banyak. Air ditambah hanya jika perlu sahaja. Lebih baik jika hidangan ini dimasak di dalam kuali atau periuk tidak lekat@non stick.
❀ Masukkan D dan goreng lagi selama 15 minit, sambil dikacau selalu. Lalu masukkan E, goreng selama 15 minit lagi. Masukkan F iaitu tomato yang yang telah dikisar halus. (iza masukkan ayam yang telah digoreng 1/2 masak tadi pada step ini). Gaul dan balik-balikkan selama 5 minit lagi. Ini diikuti dengan bahan G, gaul rata dan biarkan masak, dengan sentiasa dikacau dan dibalik-balikkan sehingga daging empuk dan lembut, sementara kuahnya menjadi pekat (iza lebihkan sedikit kuantiti air, jadikan anggaran 3/4 cwn supaya dapat masak lama sikit...ikut petua orang tua2...lagi lama direnihkan lagi sedap kerana rempah ratusnya lebih mesra ). Bila hidangannya hampir siap, taburkan dengan bahan H.
❀ Daging kambing yang dimasak ini, harus dibiarkan masak didalam jusnya sendiri. Itu sebabnya air yang digunakan tidak begitu banyak. Air ditambah hanya jika perlu sahaja. Lebih baik jika hidangan ini dimasak di dalam kuali atau periuk tidak lekat@non stick.
~~ Selamat Mencuba ~~
14 comments:
Salam Iza..
alahai sedih nyer..jgn ckp cam tuh mama tgk blog Iza kalau dibandingkan ngan mama... byk resipi2 & jgk gmbr2 yg menarik..
berbelit2 plak nk sebut hehehe yg pasti mskkan & mknnan org India nie mmg sedap & terasa akan rempah2 dier terggoda I hehehe :)
iza nampak yummy la ghost tu eh bukan
gosht hhehehehe
1st time tgk menu ni...nmpk sedap...cmne agknya yerk rasanya...teruja pulak nk cuba...
salam kak iza..... tun berminggu balik kg blog dh bersawang2 ni haa.. alang2 akak ngapdate ni, apa kata sapu jugak sawang2 kt blog tun tu haa.. hihi...
mmg pelik beno napa dia. mcm semangat je nk menerai, tp tgk tairu tu. xpernah lak tun beli, agak2 kalau cari kat supermarket biasa ada jual x?
Ya lah... 1st time nampak menu ni.. nampak sedap... gerenti sedap kan... mesti cuba ni..
@Mama Hawa/Mama Nani
Salam Mama..iza dh try goggle cari maksud..tak dapat..letak je lah nama asal
tak tau ler semenjak dua menjak ni suka pulak masak masakan2 berempah ala2 india mcm nih..mcm bhunna gosht ni sedap sangat, terasa betul rempah ratusnya
@Chik Mimi
tergeliat2 lidah nak sebut kan CM..hihihi
@Qasey Honey
memang sedap QH..
jika QH pernah mkn beriani kambing kat kedai mamak..haa rasa gosht ni ada iras2 cam tu lah..tapi sedap lagi kalah kedai mamak..cuba lah QH nampak jer bahan2 banyak tapi masaknya tak lah susah mana.. :)
@tun_telani
salam, lama menghilang balik kg rupanyer..sure seronok kat kg boleh hari2 rasa masakan mak..mana pun kita pegi masakan mak kitalah yg selalu dok lekat dlm ingatan kan tun..
namanya pelik sikit..masaknya mcm biasa jer tun..tairu tu tun leh gantikan dgn yogurt jer..iza pun buh yogurt gak..itu yg senang jumpa..cuba lah tun :)
@ogyep yummy mellow
gerenti sedap ogy..jgn lupa cuba tau..
Salam...nampak menarik..nak CnP resipi dululah..mana tau suatu hari nanti terbuka hati nak mencubanya...
Assalamualaikum Iza,
Nampak sedap sangat bhunna gosht tu....terliur dah kita kat sini menengoknya.....Nak salin dulu resepinya ya, tkasih Iza....
Pssstt Iza, sayunya membaca bicara sekeping hati.....
Assalamualaikum Iza
Jgn cakap begitu dn jgn rasa rendah diri...anggap lah berblogging ini sebagai hobi so jgn fikirkan yg lain...kalau org suka kita apa pun kita posted semua nya baik dimata dorang tapi kalau org tk suka, kita post resipi yg baik pun tk akan dipandang...anggap lah ini dugaan berblog...buat bodoh sudah Iza.
Apa2 pun kak Nur masuk list resipi ini...kak Nur pernah lihat resipi ini di bukumasakan mami Asmah Laili..nanti boleh cuba...thks for sharing dear!!
Post a Comment