BROWNIES PUTU AYU
.... السلام عليكم
Diam tak diam dah hampir dua minggu kita semua menjalani ibadah puasa. Bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan jelas terdapat dua kegembiraan. Allah Berfirman: "Sesungguhnya puasa bagi-Ku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya kegembiraan dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad di tangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kesturi. (riwayat Imam Ahmad, Muslim dan al Nasai).
Selain dua kegembiraan itu tersirat satu lagi kelebihan orang yang berpuasa, dengan mustajabnya doa yang dipohon kepada Allah SWT. Ia juga merupakan suatu kegembiraan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa dengan penuh keimanan dan taqwa. Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak." (riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim).
Kegembiraan ini telah dijanjikan oleh Allah SWT pada anak Adam sebagai balasan atas amalan puasanya.
Semua tahu brownies dikategorikan dalam famili kek. Apakata jom kita ubah keterampilan brownies yang lazimnya berupa kek itu kepada sesuatu agar bisa dilihat seperti kue. Kalau ronda-ronda di laman web seberang, banyak idea-idea menarik boleh kita tengok bagaimana mereka mencipta kepelbagaian gaya dalam penghasilan kuih, manisan sehinggalah kepada kek. Semuanya....perghhh....mata terpaku seolah tak boleh lepas memandang....terpesona habis melihatnya....boleh dikatakan semua cantik-cantik belaka.
Antaranya yang menarik perhatian iza ialah brownies yang agak lain dari kebiasaan ini. Resepi dah lama juga simpan....makin lama disimpan makin melambai-lambai resepi tu menyeru tangan ni supaya mencuba. Maka ini lah hasilnya Brownies Putu Ayu....walau dah berlain rupa namun ia masih nggak lari daripada rasa brownies yang sebenar. Terima kasih Bu Fatmah....
Resepi BROWNIES PUTU AYU
:: by Fatmah Bahalwan NCC
source : Iza Akma SSK
BAHAN A :
CARANYA :
❀ Sediakan acuan puteri ayu, sapukan nipis dengan minyak. Ketepikan.
❀ Gaulkan bersama bahan D, kukuskan sekejap. Dah kukus gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Isikan ke dalam setiap acuan 1 sudu makan dan tekan padat.
❀ Sementara itu pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Masukkan bahan B kaupbalikkan dengan rata. Tuang bahan C dan gaul hingga sebati.
❀ Sudukan adunan ke dalam acuan yang sudah berisi kelapa.
❀ Kukus 20 minit dalam kukusan yang telah betul-betul mendidih (kelihatan banyak keluar wap).
:: by Fatmah Bahalwan NCC
source : Iza Akma SSK
BAHAN A :
- 4 biji telur
- 150 gm gula pasir
- 1 sdt ovalet
- ½ sdt garam
- 100 gm tepung superfine > iza guna tepung gandum
- 25 gm serbuk koko
- 1/8 tsp baking powder (iza tambah)
- 100 gm margarine
- 60 gm dark cooking chocolate
- 1 sdm coklat paste black forest > iza guna cappuchino emulco
- kelapa parut putih
- ½ sdt garam
- sedikit tepung jagung (iza tambah)
CARANYA :
❀ Sediakan acuan puteri ayu, sapukan nipis dengan minyak. Ketepikan.
❀ Gaulkan bersama bahan D, kukuskan sekejap. Dah kukus gaulkan dengan sedikit tepung jagung. Isikan ke dalam setiap acuan 1 sudu makan dan tekan padat.
❀ Sementara itu pukul bahan A hingga kembang dan pekat. Masukkan bahan B kaupbalikkan dengan rata. Tuang bahan C dan gaul hingga sebati.
❀ Sudukan adunan ke dalam acuan yang sudah berisi kelapa.
❀ Kukus 20 minit dalam kukusan yang telah betul-betul mendidih (kelihatan banyak keluar wap).
Dah kehabisan chocolate emulco jadi iza guna cappuchino emulco sebab tu kot warnanya kurang hitam. Mungkin kalau guna chocolate emulco warna kuih akan jadi lebih gelap dan lebih hitam menawan... :)
3 comments:
waaa...cantek & menyelerakan...kat mana yer beli acuan tu... menarik!
Assalam iza, waduhhhhh cantiknya kuih niiii akak tengok pun terkebil2 tau..pasti sedap ni..
Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...
Post a Comment