CHEESE FRUITS CAKE BATIK ARORA
.... السلام عليكم
Alhamdulillah berkat izin-Nya, SSK kembali bersua menemui anda semua. Hari ni merupakan hari ke-19 kita berada di bulan Syawal yang mulia. Bila Syawal dah makin menginjak minggu ketiga, mungkin kehangatan raya tu dah tak sehangat satu, dua, tiga atau seminggu raya. Walaupun mood raya dah hampir suam-suam kuku....namun agenda memenuhi jemputan rumah-rumah terbuka sekurang-kurangnya menjadikan suasana raya masih lagi terasa.
Jika dilihat sekali imbas rupa kek ni sama saja seperti kek buah biasa ataupun kek marble. Resepi kek ni iza jumpa masa jenjalan di blog Ady Greatsword yang duduk nun di Kota Singa sana. Dek kerana terpesona dengan keknya yang meriah dengan pelbagai color gitew, iza pun apa lagi teringin jugak nak buat....terus ringan-ringankan otot empat kerat ni membaking. Nak ikutkan iza ni malas sikit nak buat kek-kek buah macam nih sebab tak berapa nak laku....lastnya nanti iza juga yang nak kena perabiskan sorang-sorang. Tapi sebabkan mengidam punya pasal....buat juga lerr.
Inilah hasilnya....kek kurang kaler....heh he he.
Apa pun tq Ady for the recipe. Jom semak bahan-bahan untuk kek nih....jomm
Resepi CHEESE FRUITS CAKE BATIK ARORA
source of rcp : Ady Greatsword
tested by : Iza Akma SSK
150 gm butter
150 gm caster sugar
(B)3 biji telur
1 teaspoon vanila essence
(C) - Gaul hingga rata200 gm tepong gandum (ayak bersama baking powder)
1 teaspoon baking powder
200 gm mixed fruits (dried)
(D)5 jenis pewarna dan perisa
❀ Pukul A hingga putih .
❀ Kemudian masukkan vanila essence dan telur sebji-biji, pukul lagi hingga kembang.
❀ Baru tuang (C). Kaup balik hingga rata.
❀ Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.Warnakan dan perisakan ikut kesukaan masing-masing.
❀ Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang (macam buat kek arora)
❀ Bakar pada suhu 160-180 darjah celsius selama 40 minit - 1 jam.
source of rcp : Ady Greatsword
tested by : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
(A)
150 gm cheesedale(A)
150 gm butter
150 gm caster sugar
(B)
1 teaspoon vanila essence
(C) - Gaul hingga rata
1 teaspoon baking powder
200 gm mixed fruits (dried)
(D)
Caranya :
❀ Pukul A hingga putih .
❀ Kemudian masukkan vanila essence dan telur sebji-biji, pukul lagi hingga kembang.
❀ Baru tuang (C). Kaup balik hingga rata.
❀ Bahagikan adunan kepada 5 bahagian.Warnakan dan perisakan ikut kesukaan masing-masing.
❀ Tompok-tompokkan setiap warna dalam loyang (macam buat kek arora)
❀ Bakar pada suhu 160-180 darjah celsius selama 40 minit - 1 jam.
Catatan untuk peringatan :
Akan datang kalau rasa-rasa nak buat lagi, iza akan tambah lagi cheese sebab anak-anak kata cheesenya ada kurang....tak terasa. Lagi satu, akan tambahkan gliserin atau sedikit susu supaya teksturnya jadi lebih lembap-lembap gitu.
2 comments:
QH ade juga simpan resepi ni...tp xterbuat2 lg pon...geram pulak tgk kek yg merekah2 gitu...
@Qasey Honey
sama lah kita QH...berderet lg tu resepi tersimpan tak terbuat2...tunggu masa sesuai jer.. :)
Post a Comment