KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
.... السلام عليكم
Bertemu kembali. Dah sebulan blog tak berupdate. Sebulan dua ni pergerakan blog SSK agak slow sikit. Muncul dua tiga kali ....pas tu terus tenggelam sedalam-dalamnya....tak timbul-timbul....
Sebulan hilangkan diri. Mula-mula tu ingat nak rest sekejap jer....bagi laluan Puteri menduduki upsr. Mungkin ada yang berbisik....apa kena mengena anak periksa dengan cuti blogging. Ada kena mengenanya dek non....jangan tak tau. Hanya yang dah jadi ibu saja tau kenapa dan mengapa. Naluri semulajadi seorang ibu akan mengharapkan kejayaan setiap anaknya tapi disebalik hatinya bertandang rasa resah, gelisah, risau....membuatkan si ibu apa buat pun serba tak menjadi. Tanyalah pada semua ibu....pasti itulah yang dirasakannya....satu perasaan yang sememangnya tak boleh dinafikan....walaupun dah berkali-kali melaluinya.
Setelah habis upsr....ingatkan bolehlah start balik blogging....tapi bermacam pulak halangan yang datang tanpa diundang selain keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Apa nak buat....sabar jer lah....terima dengan penuh redha....kerana Dia lebih mengenali seseorang hamba itu daripada dia mengenali dirinya sendiri. Semuanya itu sedikit sebanyak merentap semangat yang ada....sekaligus membantutkan terus mood mengupdate blog.
Selama SSK senyap sunyi dari sebarang entri, dilihat pengikut makin bertambah dari sehari ke sehari....begitu juga mereka yang sudi 'Like' blog SSK....TQVVM pada u alls yang ikhlas menyokong dan menolong menaikkan rating blog ini. Dan pada mereka yang dah mencuba mana-mana resepi daripada sini....terima kasih banyak-banyak kerana terbuka hati untuk mencuba. Alhamdulillah feedback yang diterima setakat ini semuanya positif....terima kasih sekali lagi.
Sebagai pembuka tirai, jom sama-sama kita lihat resepi yang sungguh lah marvellousnya, kek yang gebu, ringan, lembut....bila tergigit tang asam manisnya waduhhh enak banget sih....Pastinya tip top! Cubalah gerenti tak cukup dengan hanya sekali buat....pasti ingin buat lagi, lagi dan lagi....
Resepi KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
source of rcp : Kak Fida @ MyR
tested : Iza Akma SSK
❀ Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
❀ Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan senduk atau spatula hingga sebati.
❀ Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
❀ Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
**untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 tbsp serbuk koko yang dicampur air atau 2 tsp choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip padd lapisan putih ketika mengukus.
source of rcp : Kak Fida @ MyR
tested : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan (loyang 10x7):
- 5 biji telur grade A (yg sejuk dr peti ais)
- 225 gm gula halus (1 cwn rata + 2 sb rata)
- 220 gm tepung gandum* (2 cwn rata)
- 1 tsp rata baking powder*
- 1 tbsp ovalette ~ 20gm
- 150 ml susu cair
- 1/2 tsp garam
- 100 ml minyak jagung / masak
- 1 tsp esen vanilla
- pewarna merah, kuning, hijau dll ikut suka
- secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)
Caranya :
❀ Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
❀ Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung / masak dan digaul dengan senduk atau spatula hingga sebati.
❀ Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
❀ Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Nota :
**untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk. **untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 tbsp serbuk koko yang dicampur air atau 2 tsp choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip padd lapisan putih ketika mengukus.
12 comments:
assalamualaikum...menarik suka kek lapis kukus...cantik warna kek...kek pun npk lembut dan gebu....
wahhh resepi baru.. lama dok tunggu ni haa... cantiknyer kek tu.... sayang lak nak makan.. heheheh kalau gitu tengok aje le sampai kenyang ekkk...
very nicee....
salam iza, cantik lapisan kek tu, sama jee...
as-salam kak
wow!!!cantik kek lapis akak ni..suka ady tgk kek lapis mcm ni..cantik2..
As'salam Iza
cantk dan kemas aje kek lapis kukus ni, nak gak buat tapi anak2 tak gemar dengan asam tu lah hihi
@Sheila Shafeareen
W'kmsalam. Betul tu sheila...antara kek kukus dgn bakar iza prefer kukus sbb yg kukus lebih moist selain tak perlu nak jaga sangat berbanding bakar kena perhatian lebih...terlebih masa takut lak rentung nanti kan...lgpun kek kukus sekarang dah mcm2 style...tinggal rajin tak rajin jer
@Mayang ABDUL RAZAK
Terharu bila dpt tau ada juga kwn2 tertunggu2 new entry dr SSK...sorry bebanyak semua. Apapun tkasih mayang ya, yg setia menunggu sekian lama :)
Ishhh...takkan sampai tak makan mayang...kesian kek tu merengek2 minta dipotong...kita dah penat2 buat kan die kena lah makan sbg menghargai hasil usaha diri kita kann...tp sebelum mkn tu bolehlah ambik dulu sbg tanda kenangan hasil penat lelah kita menghasilkannya...:)
@Marsita yahya
Tq marsita...
@Liza
Salam. Dah jadi kebiasaan iza kak liza kalau buat kek lapis apapun setiap lapisan tu iza akan timbang even buat kuih lapis pun iza timbang...nampak mcm remehkan nak kena timbang sukat segala...tapi yg remeh tu lah yg akan buatkan hati berbunga terseyum puas bila memandang hasilnya...
@ady
Salam.
Tkasih ady. Sebenarnya buat kek atau kek lapis ni...ikut pengalaman kak iza lar kan...depends on mood jugak... arus mood itu akan ikut sama mengalir ke dalam penghasilan kek tersebut. Kalau mood happy ceria...hasilnya kek akan turut ceria tp kalau mood tak baik...mulalah kek buat hal...bantat lah atau mungkin kejadiannya tak sama seperti yg kita ingini. Dah tentu ady juga pernah alami pengalaman seperti tu kann.
@CT Delima
Salam.Tkasih kak ct.
Asam manis tu boleh gantikan dgn apa saja yg disukai anak2...coklat cip boleh, kepingan coklat atau apa saja yg dikira bersesuai ikut citarasa mereka. Nanti kang kalau kita buat ikut syok sendiri...anak2 tak suka...susah juga kan kak ct...padahal kita buat tuk depa...:)
Post a Comment