0
Puding Roti Pisang

Semalam plan nak buat puding yang menggunakan pisang. Belek punya belek, hati berkenan dengan satu resepi ni...sebab menggunakan pisang dalam ramuannya...yes! yes!...ini yang dicari. Hati saya mengatakan semestinya sedap kerana resepinya adalah dari seorang chef tersohor negara...siapa chef yang tersohor tu?...tentu semua boleh agak kan...ya...siapa lagi kalau bukan Chef Wan.
Saya beli buku ni daripada dia sendiri pada pameran koko di Berjaya Times Square tahun lalu  dengan harga discount...ye lah special for peminat kan.
Tepat sekali...puding ni sungguh sedap. Nampak kan pisangnya...sebab saya tambahkan lagi dengan pisang yang dipotong dadu (dalam resepi tak de pun) dan kepingan biskut cream-o... tu yang ada macam jaluran coklat tu...nyum,nyum...kaya dengan rasa pisang...

PUDING ROTI PISANG

Bahan-Bahan:
  • 4 cawan roti wholewheat, dipotong dadu (saya guna roti biasa je, lebihkan sikit)
  • 4 cawan susu (saya ganti dgn air soya without sugar)
  • 2 sdb butter
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2 sdb esen vanilla
  • 1 cawan kismis kuning
  • 2 cawan pisang, dilecek
  • 1/2 sdt serbuk kulit kayu manis (saya buat 1/4 tsp je)
  • Gula aising untuk hiasan
Caranya:
  1. Rendam roti dengan susu selama sejam. Gris acuan 33cm x 22cm x 5cm dengan butter. Ketepikan.
  2. Pukul telur, gula dan esen vanilla dan tuang ke atas roti yang direndam. Masukkan kismis, pisang dan kulit kayu manis. Kacau rata-rata.
  3. Tuang adunan ke dalam acuan yang diletak di dalam dulang pembakar dalam yang separuh berisi air. Bakar pada 170C/340F selama kira-kira satu jam atau sehingga pisau yang dicucuk di tengah-tengah puding keluar bersih.  Ayak gula serbuk ke atasnya.

0 sweet comments: