0
Kerabu Epal

Kerabu enak sebagai pembuka selera....lebih-lebih lagi bila dihidangkan sebagai pelengkap juadah apabila berbuka puasa....sememangnya sedap. Kerabu ringkas seperti ini boleh dipelbagaikan ikut citarasa. Asalnya saya cuma nak gandingkan ikan bilis dan buah tomato....sedang saya tercari-cari buah tomato dalam petisejuk, terjumpa empat biji epal merah....tengok buahnya masih elok dan cantik lagi. Dengan spontan idea tiba nak menyatukan sekali epal dengan tomato dan ikan bilis. Hasilnya....ternyata tidak menghampakan....satu kombinasi yang sedap....diratah macam tu pun sodap. Samada nak gunakan epal merah atau hijau terpulanglah pada selera masing-masing. Selamat mencuba pada sesiapa yang nak mencuba.

Bahan-Bahan:
Anggaran 1 cawan ikan bilis, digoreng garing
1 biji epal, dihiris memanjang
1 biji buah tomato, dibuang biji dan dihiris memanjang
6 ulas bawang merah
1 biji lada hijau
4 biji limau kasturi/secukup rasa
1 sudu kecil nampla@sos ikan
Gula secukup rasa

Caranya:
  • Satukan semua bahan dan perahkan limau kasturi. Gaul rata, hiaskan dengan hirisan daun ketumbar jika suka dan bolehlah dihidangkan.

0 sweet comments: