2
Gulai Pucuk Ubi Berencah Udang

Pucuk ubi sememangnya favorit saya. Baik direbus dibuat ulam sehinggalah ke masak lemak atau apa saja masakan berasaskan pucuk ubi memang cukup saya suka. Kalau kat KL ni susah betul nak dapat pucuk ubi yang betul-betul muda...kalau seikat tu ada la sikit je yang muda...selebihnya...tau-tau je la kan...Tapi kalau balik kampung...masa tu la peluang balas dendam...nak pucuk ubi petik je kat belakang umah...muda-muda dan fresh lagi...tak cukup petik untuk masak...siap bawa balik lagi. Pucuk ubi ni, my mum yang bawak kan dari kampung...puas lah makan...ye la...kalau beli mana nak cukup 1 ikat kan...tambah-tambah saya yang hantu pucuk ubi ni...


GULAI PUCUK UBI BERENCAH UDANG
Bahan-Bahan
  • 2 cekak pucuk ubi, basuh dan toskan
  • 20 ekor udang
  • 2 biji kelapa [2 cwn santan pekat, 2 cwn santan cair]
  • 1 batang serai, diketuk
  • 1 keping asam gelugor
  • garam & gula secukup rasa
Bahan Ditumbuk/Dikisar Halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 biji cili merah
  • 6 biji cili api [nak pedas, tambah lagi]
^...yg ini masih dalam kuali...^

Caranya
  • Satukan bahan tumbuk, serai, santan cair dan pucuk ubi. Masakkan sehingga pucuk ubi lembut.
  • Masukkan udang, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sebentar.
  • Masukkan pula santan pekat. Renihkan sehingga masak dan bila dah cukup rasanya, bolehlah diangkat. (anggaran santan terpulang kepada kepekatan kuah yang dikehendaki)

2 sweet comments:

izahdaut said...

tak pernah lagi masak pucuk ubi ngan udang..ish ishh..nampak sangat mengiurkan

Iza Akma said...

kebiasaan rencahnya ikan bilis,tp letak udang pun sedap gak k.izah...menarik minat anak2 utk mkn sekali sayuran kampung mcm ni...