2
Apam Kentang


Sebelum menceburi dunia blogging, dah pernah buat apam kentang ni. Walau waktu tu baru pertama kali mencuba..hasilnya menjadi dengan elok dan cantik sekali...lembut, gebu, halus dan mulus...terus jatuh hati. Sebabkan dah agak lama tak buat...maka tergerak hati nak buat lagi.


Dulu buat warna hijau, kali ini ubah sikit tak nak letak pewarna tapi warna asli daripada gula merah. Tang kentang pula, sepatutnya lepas lecek timbang balik  tapi saya terlupa timbang..saya buh semuanya dalam adunan. Dah siap baru teringat...tawakal jer lah...sib baik tak meragam. Walaupun dah tersilap, hasilnya tetap menjadi elok dan gebus....malah maintain lembut hingga keesokan hari...yang penting...sedaappp!!
Untuk original resepi rujuk di SINI


APAM KENTANG

Bahan-Bahan
  • 130 gm gula perang
  • 50 gm gula merah
  • 200 ml air kelapa
  • 1 helai daun pandan
  • 200 gm tepung beras
  • 175 gm kentang, kupas & rebus, toskan
  • 100 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
[satukan dua bahan ini]
  • 100 ml santan pekat@santan kotak
  • 150 ml air kelapa
Bahan Taburan
  • kelapa muda
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan



Caranya
  • Renihkan gula merah, gula perang, air kelapa dan daun pandan hingga mendidih (jadikan 300 ml). Biarkan suam-suam panas. Kemudian blend bersama kentang hingga halus. Tuangkan ke dalam tepung beras sambil dikacau hingga sebati.
  • Setelah sejuk, masukkan tepung gandum, yis, baking powder dan garam. Masukkan campuran santan bersama air kelapa tadi sikit demi sedikit sambil dikacau lebihkurang 10 minit atau hingga sebati dan adunan menjadi halus. Rehatkan selama 40-50 minit.
  • Sementara itu, lenserkan acuan mini yang disukai dengan sedikit minyak dan panaskan sekejap dalam kukusan selama 2 minit. Tuangkan adunan dalam acuan-acuan yang disediakan. Kukus 20-25 minit atau sehingga masak.
  • Untuk bahan taburan, campurkan semua bahan dan kukus sebentar. Taburkan atas apam bila menghidang.


2 sweet comments:

Nieza said...

wah gebus apam akma ni....rajin juga akma mengapam...byk dah buat tu mcm2 jenis dah try yer nanti bolehlah akk try lak..:)

Iza Akma said...

tak rajin pun kena rajinkan diri gak...sbb anak2 suka makan apam...boleh nieza...try lah..