7
Orange Steam Cake





Jangan salah sangka dengan nama steam cake tu ya. Nama saja kek tapi rasanya lebih kepada apam...senang cerita seperti rasa apam mekar tuu..Biasanya kalau sebut apam antara bahannya ialah santan tak pun air kan. Tapi yang ini sedikit berbeza kerana ada tambahan vitagen di dalamnya. Kerana vitagen itu lah yang buatkan saya begitu teruja untuk mencuba...
Resepi saya ambil dari rumah kak Ita. Apamnya menjadi dengan elok sekali...gebu, lembut, halus mulus semulus kapas. Disebabkan kuihnya cantik merekah tersenyum lebar, saya tak buat topping maka jadilah namanya orange steam cake dan bukannya choco top orange steam cake...maaf ya kak Ita. Anak-anak cukup suka dengan kegebuan, kelembutan dan rasa orennya..Izinkan saya kongsikan di sini pula ya...terima kasih kak Ita berkongsi resepi yang sedap ni...


ORANGE STEAM CAKE
refer by: Akma @ SSK



Bahan-Bahan :
3 biji telur (A), sejukkan dahulu
270 gm gula halus (sy buat 240gm tak suka manis)
300 gm tepung Hong Kong
150 ml Vitagen perisa oren - boleh juga guna susu UHT atau susu cair
30 gm Sunquick (sy gantikan dengan jus dari sebiji orange)
1 biji parutan kulit orange
2 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu makan ovalette
sedikit pewarna oren
beberapa mangkuk kertas dan acuan kuih




Caranya :


  • Satukan telur, gula dan ovalette. Pukul sehingga kembang dan pekat.
  • Masukkan vitagen, sunquick/jus orange dan kulit orange. Pukul sekejap hingga rata.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil terus dipukul hingga adunan merata dan pekat. Tambahkan dengan sedikit pewarna oren. Kacau hingga sekata.
  • Kemudian sudukan ke dalam mangkuk kertas dengan isian penuh. Kemudian masukkan dlm acuan lompang dan kukus selama lebih kurang 15 - 20 minit atau sehingga masak. Untuk menjadikannya tersenyum, api hendaklah besar dan air dalam kukusan mestilah betul-betul panas dan mendidih.
  • Setelah masak keluarkan dari kukusan dan sejukkan...


Sesiapa yang nak buat choco top mcm kak Ita tu...cairkan coklat masakan bersama sedikit butter. Masak cara double boiler. Then celupkan. Siap!


7 sweet comments:

AZLITA AZIZ said...

ala...ala comelnyer dia... mekar sejambak... akak punyer tak mekar... huhuhu...
akma buat dlm paper cup kan tu yg dia mekar... cantik aje...
akak folow n link sekali ye!

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

mesti harum bau orange tu kan...nampak sedap sekali..

ady said...

salam kak Iza

wahhh...gebunya cake ni...macam apamlah kak!! maveles..

Nieza said...

wah sedapnya..tgk pun tau sedap ni...nk ler seketoi bw bekal blk ni...hehe

Nuridah said...

Salam Akma,

ada lagi ke kek kukus oren tu?? Hehe akak tumpang sarapan kat sini ya Akma!

Ayu said...

wah!!! manyak jealous lor..dia senyum manyak busarlah..ini apam yang bahagia..mesti sedap ada rasa oren..

Iza Akma said...

Azlita,
buat apam2 yg sewaktu dengan apam ni..ikut hangin gak kak Ita..kekadang tu bila buat harap2 sngt biar mekar dua jambak..bukak2 pengukus, usahkan ketawa tersengih pun idak..

Nazrah,
a'ah nazrah..mmg sedap dan harum dgn bau orange..

Ady,
w'salam..ooh, gebu jgn cakap la..teramatlah gebunyer sampaikan bila mkn tak rasa apa pun sbb teksturnya tu ringan sesngt..mcm chiffon..

Nieza,
mmg sedap nieza..aik seketoi jer..kan blk nnt nak duk lama dlm flight..mana cukup seketoi..akak buat banyak ni, bawalah lebih sikit..hehe

Nuridah,
w'salam..haa..baru dengar suara kNur..langkah kanan kak..ada lg sikit..boleh sngtlah kalau kNur nak sarapan kat sini..

Ayu,
agaknya kan kak Ayu..masa bancuh kuih ni, hati musti mau senang lor..mau manyak2 senyum..barulah nnt kuih ikut sama senyum ma..khi3x