2
Talam Roti Jagung


Kuih talam yang boleh dikatakan agak unik. Biasanya kalau sebut kuih talam, ianya dikukus tapi yang ini dibakar. Jika di lihat dari rupa, ia kelihatannya seperti bingka...namun apabila dipotong dan dimakan rasanya seperti puding roti. Itu lah maksud keunikan yang saya katakan. Resepi asal saya perolehi daripada koleksi majalah NONA. Namun saya dah buat pengubahsuaian sikit...hasilnya memang sedap...lembut...lemak berkrim..


TALAM ROTI JAGUNG

Bahan-Bahan
  • 1/2 tin jagung krim
  • 250 ml santan
  • 250 ml susu cair
  • 10 keping roti, dipotong 4
  • 2 biji telur (A), pukul sedikit
  • 3-4 sudu makan gula pasir
  • 50 gm kismis hitam
  • 2 sudu makan butter
  • 1 sudu makan esen vanila
  • secubit garam untuk menaikkan rasa lemak

Caranya
  • Satukan susu, santan dan garam. Panaskan sekejap tapi jangan sampai mendidih.
  • Pukul butter, gula, telur dan esen vanila sekadar rata dan sebati saja.
  • Masukkan susu yang telah dipanaskan tadi, jagung dan kismis. Kacau rata.
  • Masukkan roti dan gaul hingga roti sedikit hancur.
  • Tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
  • Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 1 jam (atau suhu mengikut kesesuaian oven masing-masing)


2 sweet comments:

Mas said...

sedapnya talam roti jagung...nak sikitt bolehh..

Nieza said...

sedapnya akma..mcm puding roti jagung la pulak kan....adik bradik la ni...hehe