3
Serimuka Pisang


Walaupun kuih ni namanya serimuka pisang, tapi ia bukanlah seperti serimuka yang ada pulut kat bahagian bawah tu. Pada saya kuih ni lebih kurang macam kuih talam. Disebabkan yang empunya resepi dah namakan serimuka pisang...kita pun ikut aje la.
Dah ramai yang mencuba, antaranya Izah, Yatie, Mas, Ita dan Hana...eh!...ada lagi ke yang tercicir...kalau ada maaf ya...tak dapat nak sebut satu persatu di sini. Tapikan, saya respect pada kak Hasiah kreatif mencipta dan mengolah resepi sehingga terhasilnya kuih yang sedap ini...memang sedap...lembut...lemak-lemak pisang. Resepi yang di sini, saya bawa terus daripada MyR...jom...


SERIMUKA PISANG

Bahan Lapisan BAWAH:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang yang dilenyek
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard

Bahan Lapisan ATAS:
60 gm tepung gandum
100 gm gula
250 gm santan
50 gm jus pandan
1/2 sudu besar tepung jagung
(saya ganti kan dengan tepung green pea)
2 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau


Caranya:

Untuk Lapisan BAWAH
Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
Tuangkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

***untuk lapisan bawah, masukkan sedikit pewarna kuning supaya warnanya tidak kelihatan pucat***

Untuk Lapisan ATAS
Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
Kacau sebati, tapiskan.
Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.
(cakar-cakar dulu lapisan bawah sebelum dituangkan dengan adunan lapisan atas)



3 sweet comments:

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Kuih-kuih talam ni memang favourite Kak. Sedap ni, Kak cuba ia.

Mas said...

sedapkan serimuka pisang ni....mas pun suka.....nnti memang nak buat lagi...

Iza Akma said...

Paty's Kitchen,
sama ler kita k.Paty..minat kuih talam..mmg sedap serimuka nih..kak nak cuba silakan..

Mas,
a'ah Mas..sedap..suka..nyaman je masuk tekak..hehe