8
Cranberry Yogurt Chiffon


Assalamualaikum...

Fuhh! Lega blogger dah pulih seperti sediakala. Hari tu, panik juga.....hujan tidak, ribut tidak, tetiba blogger problem.....nak masuk umah takleh. Puas lah google sana sini cari penyebab. Check status rupanya blogger.com  duk buat  maintenance. Selain tu dalam status juga ada mengingatkan,  latest posting for all blogs will be remove temporary. Gelabah juga mana laa tau kan kot-kot diorang removekan terus. Pagi ni masuk umah.....cempedak dah jadi nangka.....sah satu posting dah ghaib.  Tapi tak jadi hal lah.....satu jer kan. So,  n3 ini merupakan siaran ulangan untuk post yang hilang tu ya.....


Ini adalah cifon pertama yang keluar dari ovenku. Sebelum ni acuan cifon pun tak de.  Jadi sebagai merasmikan acuan yang baru beli tu.....memberanikan diri juga buat cifon. Suspen jugak masa menunggu cifon tu masak. Entah jadi ker bantat ker kejadiannya. Setelah setengah jam.....cifon yang ditunggu pun masak.....tengok cantik dan elok jer naiknya.....cuma merekah sikit tang atas. Tapi kira ok laa kan for the first time beginner.....walau tidak secun cifon teman-teman lain.
Cifon ni memang sedap, lembut, gebu, ringan dan halus teksturnya bak sehalus kapas. Terasa benar lemak-lemak yogurt dengan masam-masam manis canberry.  Makan one slice tak terasa kenyangnya.....tak perlu nak ngunyah lama.....terus cair di mulut.....yang penting cifon ni taklah semanis kek-kek yang lain tu. Okay,  jom intai-intai resepi.....


CRANBERRY YOGURT CHIFFON
olahan  drpd  ~ sini ~

(acuan chiffon 18cm)
Bahan A :

3 kuning telur
25 gm gula kastor
40 ml minyak jagung
1 sudu teh jus oren
80 gm yogurt (plain)
80 gm tepung gandum
10 gm tepung jagung
60 gm cranberry kering (salutkan dgn sedikit tepung yang lain)

Bahan B :

4 biji putih telur
45 gm gula kastor
1/4 sudu teh cream of tartar


Caranya :
  • Pukul putih telur hingga berbuih. Taburkan cream of tartar dan pukul lagi sehingga menjadi putih. Masukkan gula dalam bahan B, 3x (sikit demi sedikit) sambil teruskan memukul sampai bertanduk/mengeras. Ketepikan.
  • Dalam bekas lain, pukul pula kuning telur bersama gula sehingga berkrim.
  • Masukkan minyak, oren jus dan yogurt, kacau sehingga rata dan sebati.
  • Masukkan tepung gandum dan jagung. Kaupbalik sehingga adunan menjadi licin dan tidak bergentel.
  • Masukkan 1/2 bahagian putih telur ke dalam adunan, kaupbalik hingga adunan bercampur rata.
  • Tuangkan semula adunan ini ke dalam bekas yang berisi putih telur selebihnya. Kaupbalik lagi hingga sekadar rata dan sebati. Masukkan pula cranberry.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan ciffon tanpa bergris. Bakar pada suhu 170'C (ikut suhu oven masing-masing ya...) selama 30-40 minit atau sehingga masak
  • Bila dah masak, keluarkan kek daripada oven dan terus terbalikkan acuan dan biarkan sehingga kek benar-benar sejuk.
  • Keluarkan kek daripada acuan dan bolehlah dipotong.


--------------------------------------
Testimoni oleh rakan yang telah mencuba :
--------------------------------------



8 sweet comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Akma,

Cantik aje bila dh dipotong kek cifon tu...nampak kelembutan nya.

CT Delima said...

Assalamulaikum Akma

tengok pun kak ct dah tahu sedapnya kek tu. kak ct belum sekali pun cuba buat kek chiffon ni. kena buat gak lah dah teruja tengok Akma buat ni.. macehhhh ya akma :DD

tun_telani said...

kak akma.. nmpk sgt sedap!!! tun x penah mencipon lagi.. acuan chiffon pun xde.. hihi..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Cantiknya kek cipon tu..memang nampak lembut dan gebuz...

Iza Akma said...

Nuridah,
w'kmslm..thanks kak nur..menggigil jugak masa nak potong tu..takut tak menjadi..hehehe..

Iza Akma said...

Ct Delima,
w'kmslm kak ct..cipon ni mmg sedap kak..lembut n gebu jer..nampaknya kita sekapal kak ct before this tak pernah pun buat cipon..ni pertama kali..seronok menjadi..sama2

Iza Akma said...

Tun_Telani,
ya tun..nmpk sedap ehh..mmg sedap tun..cubalah..kita sekapal tun first time mencipon..nak cuba acuan cipon yg akak baru beli tuh..

Iza Akma said...

Naz,
thanks naz...cipon ni sungguh lembut dan gebu sekali naz...seakan kapas...masuk mulut terus hilang tak payah nak kunyah2 lg dah..hehehe