1
Ikan Bawal Masak Merah



Assalamualaikum...


Dah dekat sejam duk depan lappy ni, tulis satu dua ayat pas tu delete.....tulis lagi, delete lagi..... Masih duk tunggu lagi nih apa lahh bahan nak ditulis.....sedangkan ada keje lain yang beratur menunggu untuk dibereskan. Ntah apa kenalah hari ni, tulis tu tak kena tulis ni tak kena. Sorry semua ya.....memang hilang kata-kata betul petang ni.....tak boleh nak duduk lama di sini. Apa apa pun jom layan resepi lah terus.....jom.....




IKAN BAWAL MASAK MERAH
source : Mesra.Net Resepi 
sharing : Iza Akma SSK 

Bahan untuk menggoreng ikan
1 ekor ikan bawal hitam 
1 camca kecil kunyit 
2 cubit garam 

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih 
½ inci halia 
1 batang serai (saiz sederhana) 

Bahan Lain :
3 camca besar cili boh 
1 camca besar sos cili 
1 batang kayu manis 
2 biji buah pelaga 
2 kuntum cengkih 
1 kuntum bunga lawang 
1 batang cili merah (dibelah 2 memanjang) 
1 batang cili hijau (dibelah 2 memanjang) 
1 biji tomato (dipotong ikut suka) 
1 labu bawang besar (dimayang) 
1 camca kecil gula 
garam secukup rasa 


Caranya

1. Pertama sekali, gaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam sehingga rata. Ggoreng sehingga garing. 
2. Sementara menunggu ikan itu garing, kisarkan bahan-bahan untuk dikisar iaitu bawang besar, bawang putih, halia & serai sehingga halus. 
3. Setelah ikan yang digoreng garing, angkat lalu masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali untuk ditumis. Dalam masa yang sama sila masukkan sekali bahan lain seperti cili boh, sos cili, kayu manis, buah pelaga, cengkih, & bunga lawang. Kacau-kacau ia sehingga cilinya masak dan naik minyaknya (agak-agak dalam 5 minit sehingga naik baunya) 
4. Kemudian masukkan cili merah, cili hijau & bawang besar yg telah dipotong bersama gula dan garam secukup rasa. Kacau-kacau ia dalam masa 1 minit, lepas tu boleh tutup api. 
5. Letakkan ikan di dalam mangkuk dan curahkan kuahnya di atas ikan tersebut. Dan boleh lah dihidangkan dan dimakan segera bersama nasi. 

kalu nak hias letaklah daun sup ke daun ketumbar pun bole... kalu nak laa... tapi bagi saya, tak payah letak pun takpe, sebab dalam kuah tu dah ada cili merah ngan hijau & bawang besar sebagai penyeri dia,...ikut suka daa.... Selamat Mencuba !!


1 sweet comments:

Diana @ Melley Mey said...

wah.. terliur tgk ikan bawal masak merah tu... sukanyaa... sungguh menyelerakan..sedaaap2!!