Apam Tepung Beras
Assalamualaikum...
Dulu-dulu selalu tengok my grandma buat apam cam nih. Kekadang tu apam beras tapai.....memang sedap.....lembutt dan halus apamnya. Masa tu zaman sekolah-sekolah kan, tau makan aje.....macam mana nak buat step by step tak ambil tau pun. Sekarang bila dah ada keluarga sendiri, anak-anak pulak suka makan apam.....barulah terhegeh-hegeh duk buat.
Menggunakan nasi sebagai salah satu bahan asas, before this saya dah cuba Apam Salju dan Apam Snow White. Dua-dua apam tu mengancam habis.....sedap. Memandangkan dah lama tak buat apam.....tekak ni teringin pulak rasanya nak makan. Kebetulan dalam fridge ada sepeket eno.....ntah bila beli pun tak ingat.....expired datenya pun jauh lagi. Pagi tadi sebelum mula memasak, bancuhlah adunan.....ya lah apam kan, makan masa juga.....nak kena perap sebelum boleh dikukus.
Setelah siap dikukus taraaa, ini lah hasilnya.....ada yang tersenyum lebar.....yang macam nak tak nak senyum pun ada.....Terima kasih Watie, share resepi apam yang lembut, gebu dan sedap.
APAM TEPUNG BERAS
source : watiermanlife.blogspot.com
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Caranya :
- Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah maalam kukus pukul 5 pagi).
- Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.
- Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
- Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.
7 comments:
salam ....
sedapnya apam beras ..dah lama nak cuba mengapam ... belum kesempatan lagi ..
as-salam kak
wah! cantik aneka warna. ady suka apam beras macam ni..
Salam Iza...bestnya apam ni..Liza biasa buat apam salju jer, nnt nk try apam ni la pulak..Liza copy yer..thanx
Assalam iza cantik apam tu saya pun lama tak mengapam
teruja betul tengok apam beras ni..sukeeee
Assallamualaikum ..
Lama dah tak buat apam.. Suka apam tpg beras.. Anak2 suka gak.. tapi kalau buat nak kena boh mcm2 kaler sbb anak2 nak kaler2 ..
asslam. nak tanya yis boleh dalam bentuk serbuk atau ketul? Yang mana lebih membantu untuk membuatkan apam lebih gebu dan lembut?
Post a Comment