17
Resepi Tepung Goreng Pisang Rangup



Assalamualaikum...


Rangup krup krap krup krap. Apakah resepi killer yang digunapakai supaya kerangupan pisang goreng mampu bertahan lama.....walau dah sejuk, tapi maintain garing macam baru digoreng. Ramai yang tidak menyedari malah tidak menyangka, pisang goreng panas lagi rangup yang dibeli untuk dinikmati setiap petang bersama keluarga sebenarnya mungkin memudaratkan kesihatan. 

Baru-baru ni, saya terbaca di mukabuku (mungkin rakan2 lain pun ada terbaca sama), pasal strategi dan taktik rahsia terkini segelintir peniaga pisang goreng bagi melariskan jualan pisang goreng mereka semata-mata untuk mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesan kesihatan pada orang lain.


Percaya atau tidak, taktik dierang sebelum menggoreng pisang yang hendak dijual, dierang akan merendam plastik minyak masak beserta minyaknya sekali ke dalam kuali yang berisi minyak panas. Ada juga yang menggoreng dan mencairkan dulu botol plastik seperti botol air mineral, botol minuman bergas atau penyedut air dalam minyak panas sehingga sebati sebelum meletakkan pisang ke dalam minyak berkenaan. Oleh kerana plastik tu bahan mudah cair, maka botol tersebut akan dengan mudahnya melarut dalam minyak panas.....lepas tu barulah digorengkan pisang seperti biasa.

Plastik yang sememangnya bersifat kedap udara akan menyaluti pisang tersebut membolehkan pisang terus kekal segar dan rangup. Ada sesetengah peniaga pula bereksperimen sendiri dengan menambahkan campuran bahan plastik ke dalam ramuan tepung sebelum digoreng bersama pisang untuk memastikan pisang goreng mereka kekal rangup berjam lamanya. 


Inilah antara taktik-taktik popular yang diamalkan peniaga pisang goreng (bukan semua ya....). Formula yang tidak melibatkan kos yang mahal.....secara tak langsung mendatangkan pulangan yang lebih lumayan. Kita yang tak tahu menahu, terus menikmati dan memuji keenakan dan kerangupan pisang goreng dari gerai-gerai berkenaan sehingga menjadi pelanggan tetap mereka. Sedangkan sebenarnya kita sedang menikmati pisang bersalut plastik! 

Bila bahan-bahan plastik tersebut mencair dalam minyak panas, bermakna segala bahan kimia yang terkandung pada plastik berkenaan juga akan bersekali larut bersama-sama minyak tersebut. Kemudian minyak yang dah tercemar tu digunakan pula untuk menggoreng pisang. Bukan kah ini membahayakan kesihatan. Bahan kimia tersebut akan terus tinggal dalam tubuh kerana ia sebenarnya  tidak larut dalam air sehingga tidak dapat dibuang keluar, baik melalui urin atau proses pengeluran kotoran lain. Bila tidak dapat disalurkan keluar maka akan berlaku pengumpulan bahan-bahan kimia berbahaya ini dalam tubuh yang berupaya menyebabkan kanser.


Jadi lepas ni ada baiknya menggoreng sendiri pisang dirumah, lebih berbaloi dan lebih sihat. Lazimnya kalau nak menggoreng pisang, bahan asasnya hanyalah tepung gandum, tepung beras dan sikit kapur makan. Ada juga yang menambahkan telur. Inilah yang saya nak kongsikan di sini. 

Tentu anda pernah makan pisang goreng kat hotel-hotel kan.....iaitu pisang yang digoreng secara live di stall yang terletak berhampiran dengan buffer. Haa, jadi inilah resepinya. Saya terjumpa resepi ni kat blog Hairul.com. En Hairul Hissam dengan baik hatinya telah berkongsi pengalaman beliau menyediakan adunan batter menggoreng pisang yang cukup rangup ketika beliau bekerja di hotel dulu. Terima kasih pada En Hairul.  Adoiii,  panjang lebar pula cerita-ceriti hari ini. Jadi sebelum pengunjung beralih channel.....jom lah kita lihat rahsianya.....



Resepi TEPUNG GORENG PISANG RANGUP
source : Hairul.com
sharing : Iza Akma SSK


Bahan-Bahan :
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat(santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)>sy   ganti  dgn sikit pewarna kuning
garam secukup rasa (dlm 1/2 sudu kecil)
1 biji telur

air secukupnya
2 sudu besar marjerin



Cara Penyediaan :
❀  Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja. Setelah marjerin cair, alihkan daripada api dan biarkan ia sejuk sendiri.
❀  Satukan kesemua bahan kecuali marjerin cair dan air. Kemudian baru masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul. Lebih mudah dan baik hasilnya menggaul menggunakan tangan. Sebab utamanya kerana adanya baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semua bahan menjadi sebati dan pekat. Jika kelihatan tercair, tambahkan lagi tepung gandum atau tepung beras. Adunan batter perlu pekat ya.....lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu kerana mesti dapatkan bancuhan tepung atau batter yang benar-benar pekat.
❀  Setelah adunan benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
❀  Seterusnya celup pisang dengan batter dan goreng dengan minyak yang panas.


Nota : Adunan batter ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, cempedak, keledek, tempe dan sebagainya. Resepi ni memang rangup. Caranya sama saja, celup dan goreng dalam minyak panas.



17 sweet comments:

KhaiRin said...

peniaga2 yg buat cm tu..biar la...x berkat rezeki dia buat cm tu...

p/s sy guna kelapa yg digoreng separuh msk sblm dicampur dgn adunan

KakAsma said...

Iza,
rangup yer uat tepung camgini.leh cuba buat nnti.makan ciciah ngan sambal kicap walla sedapnyer

ady said...

as-salam kak IZA AKMA
tgk dah tahu mmg ranggup..kalau mkn pasti krup..krup..krup..

Cendana Kasih said...

laaaaa... ada gak peniaga macam tu?? sib baik la dh lama tak beli...semalam makan goreng pisang gak, tp mak mertua yang buatkan...sedap !! (sbb tak payah masak sendiri...hehe)

Zaliedana said...

Assalam kak,tima kasih byk kak share info nih kat sini,selama nih mmg xtau lak yg da peniaga guna taktik kotor gini utk rangupkan batter tuh..Pstt kak,sy amik resepi,nnti leh la try,tima kasih sekali lagi ya kak..Nmpk mmg rangup jer..

Weber Grill Recipes said...

Assalamu alaikum,

Your blog is wonderful! I love to read all of your blog post.

Allah bless you.

IZA AKMA said...

Khairin,
timakasih khairin berkongsi idea campur kelapa dlm adunan batter.....nnt kak iza nak try gaklah :)

IZA AKMA said...

KakAsma,
Memang rangup toi kakasma.....serangup2nya. Lgpun guna adunan batter nie pisang gorengnya cantik jer kering tak berminyak. Kakasma patut cuba nie.....

IZA AKMA said...

Ady,
W'kmsalam ady.....pisang goreng yg rangup cenggini, dihadap sepinggan pun tak sedar dah habis.....nak2 mkn time ujan petang2 tu, berkumpul pulak sekeluarga.....goreng banyak mana pun gerenti habis, hehehe

IZA AKMA said...

Cendana Kasih,
Zaman la nie duit segala2nya. Kalau dgn cara tu peniaga boleh buat ibu duit buat apa dierang nak susah2 pikirkan kesan sampingan pada org lain. Wahh, mmg sedap kalau ada org lain yg masakkan.....kita cuci tangan duk mkn jer...

IZA AKMA said...

Zaliedana,
Wassalam, mungkin ada rakan2 yg masih tak tau sbb tu kak iza tolong war2kan di sini. Bukan ape, demi kesihatan kita bersama. Resepi ni mmg rangup zalie.....ada masa boleh ler try :)

IZA AKMA said...

Weber Grill Recipes,
Thank you for ur visit.....

huda jamil said...

saya baru je try buat. sangat sangat sangat rangup! thanks kak sebab share :)

Anonymous said...

sy pernah tgk kat bazar ramadhan, mkcik jual karipap panas msk kan minyak dgn sebahagian plastiknya skali..

Anonymous said...

Sya dah pernah ternampak pakcik stall tu masukamn minyak dengan plastik2 nya sekali...ada pula tempat lain masukan straw pulak... betul2 menganiaya orang..

Anonymous said...

Untuk info, kebanyakan peniaga juga memasukkan sejenis garam busuk @ dikenali juga panggilan tepung busuk. Kalau tak silap saya Garam Ammonia, baunya memang busuk macam baja urea. Ia memang mengekalkan tahap rapuh / rangup goreng pisang dll.
Oleh itu gorenglah sendiri untuk kesihatan keluarga...

Anna Flora said...

x tau pon slma ni ad peniaga bt mcm tu.sring lh i bli kat luar,skrg nak try buat sndri lh