12
KECUBUNG BERENDAM



Assalamualaikum...


Pasti ada yang berkerut dahi dengar perkataan kecubung tu kann.  Apa itu kecubung.....?
Sumber google menyebut, kecubung atau dikenali amethyst merupakan sejenis batu permata yang terhasil dalam lapisan bumi selama jutaan tahun lampau. Biasanya ia memiliki warna dasar ungu tapi ada juga yang bewarna merah muda. Di Malaysia, permata batu kecubung @ amethyst yang ditemui tergolong dalam kelas kedua terbaik, bersaiz duit syiling 10 sen, berwarna campuran ungu gelap dan ungu cerah.
Mengikut sejarah dahulu kala raja, ratu, kaum kerabat dan para penguasa kerajaan lain sering memiliki berlian yang terhasil daripada batu kecubung ungu. Semakin gelap warna ungunya semakin tinggilah gred dan  kualitinya.


Kalau nak tahu, Kecubung Berendam ni rasanya lebihkurang sama seperti bubur butir nangka. Yang ini ada tambahan keledek makanya seperti candil keledek. Dalam cuaca panas begini pekena pula bubur candil yang sejuk-sejuk.....aduhaii, sodap bonar raso eh!..... Kini dah jadi favorit kami seisi keluarga.



KECUBUNG BERENDAM
recipe  : K.Mon@Nina Suria
ref     : Dapur Mamasya 
sharing : Iza Akma SSK


Bahan Doh keledek :
500 gm tepung pulut
200 gm ubi keledek rebus di lecek halus- letak 300gm (utk 1/2 adunan 150gm)~iza guna keledek ungu
air secukup untuk menguli
secubit garam
sedikit pewarna ungu


❀  Masak air 2 liter dalam periuk hingga mendidih.
❀  Sementara itu campur tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit. Sehingga menjadi sebiji doh lembut.
Campurkan doh bersama ubi keledek dan pewarna ungu, uli hingga sebati.**
❀  Bentukkan guli-guli kecil dan tekan dengan hujung jari tunjuk ditengah-tengahnya . Buatlah sampai habis.
❀  Bila air sudah mendidih masukkanlah guli keledek tadi dan angkat bila guli-guli itu timbul.


Bahan Kuah Santan :
2 ketul gula melaka di cincang halus
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 lembar daun pandan di simpul
secubit garam
**tambah 3 sb sagu biji


❀  Masukkan santan,sagu, garam, gula melaka dan daun pandan yang disimpul didalam periuk. Masak dengan api yang perlahan.
❀  Bila hampir mendidih masukkan santan pekat. Masak lagi sebentar dan kacau selalu supaya kuah santan tidak pecah minyak(boil below boiling point). Angkat ketepikan.
❀  Masukkan guli-guli yang telah masak ke dalam kuah santan.
❀  Hidangkan panas-panas atau dinginkan di dalam peti sejuk baru di hidangkan.


**nota dapurmamasya
langkah ke-2 untuk doh keledek di ubah sikit; adunan tepung dengan ubi keledek dicampur dulu, kemudian pewarna dan ditambah air sikit-sikit, uli hingga jadi doh. Tambah sagu untuk pekatkan kuah (resepi asal tak letak sagu).



12 sweet comments:

KhaiRin - anies said...

sng je..tp sy nk tkr warna ungu la nk wat kalerful hehehe

izahdaut said...

comelnyaaa.. sweet sangat bila warne pepel

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Ikma akak panggil kolak biji salak..baru color ijo..suka ni..sedap lemak2 manis

tun_telani said...

mmg sgt sweet kaler dia.. Oo.. amethyst dlm bahasa melayu kecubung ye. mmg berkerut2 jugak la dahi ni pk ape mende la kecubung tu. hihi..

Ummi said...

Assalam Iza, amboii cantiknya warna bubur dia...cerah jek mata memandang, kena sgt dengan santan putih camtu...resepi kakmOn eh...ok nnt akak buat gak laa...weee, berderet list, sume nak buat, ntah la bila sampai turn yg ni.. :)

IZA AKMA said...

Khairin,
sebenarnya kaler apa2 pun boleh..terpulang..banyak2 kaler lagi tampak menarik

IZA AKMA said...

izahdaut,
ya izah dah guna keledek ungu kalerlah ungu..kalau keledek biasa tu boleh kalerkan mcm2 kaler..lgpun purple kan ke trend warna terkini..hihhih

IZA AKMA said...

Kak Paty,
a'ah kak kiranya kecubung ni adik beradik sepupu sepapat bubur butir nangka/biji salak cuma kaler jer berbeza..rasa lebihkurang, sedap lemak2 manis..

cik cek said...

Sedapnya Iza...kaler purple lagi...akak sukaaa...:)

cik cek said...

Lupa lak...thanks bagitau akak pasal resepi nagasari cendol tu...Insyaallah nanti akak nak try resepi dari Iza tu...thanks again for sharing...:)

Liza said...

salam iza...1st time dgr nama kuih ni, biasa mkn butir nangka tu jer....hihihi

CT Delima said...

As'salam Iza

K.ct sukalah acam nak capai2 dengan sudu masuk dalam mulut terus..hehehe. cunnya dengan kaler pepel tu, tapi kalau kaler pink lagi cun...hahaha

sedap2lah hidangan dari Iza ni, nanti k.ct nak selongkar cari resipi boleh ya Iza. Tapi tak nak baling2...nanti bising pulak..hehehe