10
Kek Pisang Prune



Assalamualaikum...


Selamat Pagiii...
Apa khabar anda hari ini? Moga hidup anda pagi ini dan hari-hari seterusnya sentiasa riang, ceria...seceria secerah sinaran mentari pagi, seriang unggas berterbangan, semekar flora yang berkembangan di taman.

Hidup tak seindah yang diharapkan. Kamus kehidupan penuh misteri untuk dirungkaikan dengan kata-kata. Seringkali juga tak tercapai dek akal memikirkan. Disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Hati benar-benar terusik dengan sikap manusia yang tiada berkesudahan. Jalan hidup kini berada di persimpangan...ibarat timun dengan durian; digilis luka, tergilis pun luka. Walau sebaik mungkin dilakukan namun tak semua sukakannya. Bukan belas bukan simpati, sekadar luahan jauh di kamar hati yang sering tak kesampaian...



KEK PISANG PRUNE
source : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 250 gm butter
  • 200 100 gm brown sugar (sorry yer typing error bukan 200 tapi 100gm)
  • 80 gm gula kastor (boleh tambah bergantung pada kemanisan pisang)
  • 5 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 200 gm pisang, lecek
  • 60 gm coklat rice
  • 10 biji prune, dihiris halus
  • 320 gm tepung naik sendiri*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat* (*diayak)


CARA PENYEDIAAN :
❀  Lengser loyang bulat 22cm. Alaskan dasarnya dan lengserkan lagi dengan marjerin.
❀  Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
❀  Masukkan telur satu persatu sambil diputar rata.
❀  Bubuh susu dan vanila. Kacau sebati.
❀  Masukkan pula pisang dan prune. Kacau rata dengan spatula.
❀  Akhir sekali, masukkan 1/3 tepung dalam adunan...kaupbalikkan. Masukkan 1/3 lagi, kaupbalikkan. Dan baki 1/3 lagi tepung digaulkan dengan coklat rice dan masukkan ke dalam adunan, kaupbalikkan hingga rata.
❀  Tuangkan dalam loyang. Bakar hingga masak.





10 sweet comments:

ady said...

as-salam kak
mesti sedap kek ni sebab ada prune..npk moist aje kak kek ni..

Liza said...

salam iza....bestnya, nnt akak nk try la, semua brg dah ada kat umah ni...biase la ' antu' pisang....hihihihi

CitarasaKu said...

Salam,

suka dengan kek pisang.Nanti saya simpan resepi ini ye.

Gee® said...

kenapa sedih jer bunyinya tu... byk sgt makan kek pisang kot... heeee

cik cek said...

Memang suka kek pisang...campur lak ngan prune...masuk list dulu resepi ni...tq Iza...:)

IZA AKMA said...

@ady
wassalam,
ye ady mmg moist n sedap..
kalau baru2 masak dipotong belum nampak moistnya lagi..kelembapannya akan lebih ketara dilihat setelah semalaman..

IZA AKMA said...

@Liza
wassalam,
silakan Liza..iza pun apa kurangnya peminat pisang..hehheh

IZA AKMA said...

@CitarasaKu
wassalam,
boleh..silakan

IZA AKMA said...

@Gee®
sedih bunyinya ye Gee...betol la tu
ntahlah hidup ni mcm roda, adakala di atas adakalanya di bawah..ada masa gembira ada masanya berduka..itulah namanya pahit manis kehidupan..baru kita akan benar2 menghargai kehidupan dlm ertikata sebenar..kalau kehidupan takde masalah langsung happy-go-lucky sentiasa..maknanya ada something wrong kat situ..kan Gee..^__^

IZA AKMA said...

@cik cek
Sama2 kak cek.
Ramai peminat kek pisang ni rupanya..
Kek pisang ni kalau dicampur ngan prune sedap sangat kak cek..ada rasa lemak manis pisang ngan masam manis prune..
Selain tu prune juga membantu membuatkan kek jadi lebih lembap..kesedapan dan kelembapan kek ni akan lebih terasa setelah semalaman..