5
Resepi Rempah Opor



Assalamualaikum...


Stok daging korban lepas masih berbaki lagi lima kilo. Aduyaii, banyaknyaaa...
Teruk juga nak habiskan daging sebanyak itu. Tambah pulak daging, bukan boleh makan selalu...tak bagus untuk kesihatan. Tu yang Iza simpan sampai laa ni...bila teringin sangat baru masakkan. Pendeknya untuk tiga empat bulan ni pergi pasar tak payah beli daging dahh...kurang-kurang jimatlah sikit belanja dapur...nak-nak bila harga barang keperluan sekarang semakin hari semakin meningkat.

Fikir duk fikir teringin nak masak opor. Bila digoogle hampir semua resepi opor menggunakan rempah khas untuk opor. Puas lah meronda kat tesco, giant, carrefour...semua tempat tak jumpa...penat jer pusing sana sini. Biasanya macam tu lah...bila masa berkehendak sesangat tak jumpa...bila tak nak berlambak-lambak...


Tak boleh jadi macam nih. Nampak gayanya terpaksalah Iza buat rempah sendiri...baru boleh dapat merealisasikan opor daging tu. Walau rempah ready-made tak jumpa itu tak mematahkan semangat Iza untuk terus mencuba. Teknologi sekarang kan dah canggih...semuanya hanya di hujung jari. Apa-apa, semua rujuk kat pakcik google. Kat situlah tempat Iza duk melepak cari apa-apa resepi yang patut. Akhirnya bertemu juga dengan apa yang dicari...bak kata orang nak seribu daya, mahu seribu cara...

Jadi, hari ni Iza nak kongsikan dengan semua bagaimana nak buat rempah opor sendiri. Manalah tau kalau-kalau terdesak boleh juga digunapakai resepi ni. Terima kasihlah bebanyak pada penyumbang resepi. Kalau nak tahu kan aroma rempah ni...mak aiii, harumnyaaa...teramatlah wangi bauan rempahnya. Bila gunakan rempah ni untuk masak opor...waduh-waduh, bukan main sedap lagi opor tu...menyelerakan. Ni tak tipu tau...bukan nak promosi ker apa tapi memang betul-betul sedapp!! Resepi opor daging tu, kalau sempat malam nanti Iza update...eh eh malam ni puan umah nak duk santai tengok drama romantik 'Vanila Coklat'...esok aje okay.  Jom layan rempahnya dulu...redaahh...^___^



RESEPI REMPAH OPOR JOHOR
source : Mama Vogue
sharing : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
(resepi ni anggaran untuk seekor ayam, boleh digandakan mengikut jumlah ayam)
  • 20 tangkai lada kering
  • 2 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 7 biji buah pelaga
  • 1/2 butir buah pala ~iza ganti dgn 1/2 sdt serbuk pala
  • 1/4 sajira (jika ada) ~tak buat
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu teh lada hitam ~yg ni iza tambah


CARANYA :
❀  Kesemuanya dicuci dan dijemur sehingga benar2 kering (iza tak sempat jemur...terus sangai dlm kuali).
❀  Kesemua bahan di atas digoreng tanpa minyak@sangai sehingga hampir garing.
❀  Bahan-bahan yang digoreng tadi hendaklah digiling semasa masih panas atau diblend kering saja. Kalau rajin lebih baik digiling kerana aromanya sungguh wangi semasa digiling panas-panas.(iza blend kering je...nak cepat...)
❀  Rempah boleh disimpan seperti rempah-rempah yang lain.



5 sweet comments:

tun_telani said...

rajinnyer!! tun guna rempah instant pun x pernah buat. nk wat rempah sendiri lagi laaa maleh. hehe

IZA AKMA said...

@tun_telani
walaupun nak buat rempahnya tu ada leceh sikit..nak sangai then nak kisar lagi..oleh kerana hati tu nak sangat opor kenalah rajin2kan diri tun..satu pengalaman jugak buat rempah sendiri..kira berbaloi jugaklah..rempah yang lebih berkualiti dan haruummm..menjadikan masakan opor turut mengharum dan menyelerakan..

KakAsma said...

Iza,
bagus kalau ada rempah buat sendirikan..terjamin kebersihan dan halal..akak salin resipinyer..mana tau bila2 buntu nak masak ada rempah nie..

Papa-NtiQ said...

Hi Iza...rehat skejap ambik nafas penat blogwalking nih. Kebetulan singgah sini nampak menarik post2 Iza, wife saya pun rajin baca kat sini. Kalu time free tu jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik tentang tempat2 makan menarik. Dan kalu bolih Iza register la sebagai follower yer maklum la blog baru 3 bulan nih sunyi skit hehe TQ TQ TQ for support

Mamasya said...

Aslmkum Iza.mmg sedap masak lauk opor..kebetulan dpt rempah opor kwn balik dr Msia bagi.ni Iza kongsi resepi....kalau terasa nak mkn boleh buat sendiri.tq kongsi resepi..
baca luahan perasaan Iza kat bawah tu...akak harap Iza bersabar dan tetap ceria menempuh segala dugaan.