8
Bingka Roti Kukus Pandan

.... السلام عليكم


Alhamdulillahi Rabbil’alamin...

Segala puji bagi Allah yang telah banyak memberikan ku nikmat. Limpahan nikmat yang tak terhitung banyaknya...nikmat sihat, nikmat iman, nikmat ihsan dan pelbagai nikmat yang lain.

Penuh Syukur ku panjatkan pada-Mu Ya Allah...Kau masih memberikan aku bonus waktu satu hari, hari ini...tiada yang dapat meneka apa yang akan terjadi satu detik kemudian, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang memberikan aku satu kesempatan yang cukup berharga...

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu, rahmat dari sisi-Mu. 
Dengan rahmat-Mu Engkau menerangi hatiku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau mengumpulkan dan memudahkan urusanku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau balikkan sesuatu yang tiada dariku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau angkat kesaksianku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau sucikan amalku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau ilhamkan kedewasaanku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau kembalikan sesuatu yang hilang dariku. 
Dengan rahmat-Mu Engkau jaga aku dari segala keburukan.”

Amin Ya Rabbal'alamin....



Salam Manis...Salam Ceria buat semua pengunjung yang dikasihi...

Cuti persekolahan dah pun bermula. Ke mana agaknya hala tuju destinasi percutian anda di musim cuti kali ini? Biar ke mana jua destinasi anda diharapkan anda bersama famili ceria dan gembira...seriang segembira sang camar yang berterbangan.  Semoga percutian anda memberi sejuta pengertian bersama kuntuman memori indah. Hargailah setiap detik memori yang datang kerana tak mungkin detik itu akan berulang buat kedua kalinya. Sayangilah apa yang dimilikki sementara ia masih milik kita...


Okey lah, kali ni menu daripada roti mengambil tempat memenuhi ruang entri. Sesiapa kat dapur ada roti yang susah sangat nak habis apa kata try resepi ni. Bingka roti ni teramatlah sedapnya...nama jer bingka tapi rasanya macam puding...makan sejuk-sejuk lagi lah sedap...best sesangat...!!


BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
recipe  : Notabilia
source : Ummi@Home Sweet Home
sharing : Iza Akma SSK


BAHAN-BAHAN :
  • 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
  • 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
  • 200 ml air
  • 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
  • 4 biji telur - (akak buang tali pusatnya)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh pes pandan
  • 2 helai daun pandan - disimpul

CARA PENYEDIAAN :
❀  Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
❀  Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
❀  Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
❀  Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
❀  Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
❀  Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan. (Letak dalam fridge dan di makan sejuk pun sedap...)


~~ Selamat Mencuba ~~
والسلام



8 sweet comments:

sabar dubai said...

akak sedap je nmpk..bile laa nk mencube nihh

Qasey Honey said...

nmpk myelerakan puding roti tu...suka tgk kaler hijau puding tewww...cntik

Sheila Shafeareen said...

As'salam hemmm sdp nya bingak roti kukus pandan...lama x buat bingka..nak pulak rasa pandan tu...sdp juga mkn sama sos kasted....

Gee® said...

Yuhuuu...mabeles...!!

tun_telani said...

kak iza.. cantik je kaler hijau dia.. tun kalau nk buat bingka roti, kene wat roti dulu.. huhu.. windunyer nk makan gardenia..

♥MAMASYAZA♥ said...

nampak sedapp sgtttt

rahel said...

Waaa..cantek kaler dia..ijo gitu..

Amie said...

Suka warna bingka roti yang hijau ni... mesti sedapkan!