17
PUDING PISANG KARAMEL


.... السلام عليكم


Salam 1Malaysia....Salam Manis & Selamat Pagiii....

Alhamdulillah, Syukur....

Dengan limpahan kurnia-Nya, SSK hari ini masih lagi berpeluang berada di sini menemani hari anda. Bagaimana khabar anda semua? Diharapkan sihat-sihatlah hendaknya ya. Semoga kuntuman bunga-bunga ceria dan dakapan bahagia sentiasa menghiasi perjalanan hidup anda bersama insan-insan tersayang.

Aduuhhaii....terasa semacam kematu pulak jari-jemari ni nak mengarang semula. Dah macam duk kat kutub utara la pulak...jari kepala semua membeku....tak tau nak ditulis apa daa....hehheh....nak kena warm-up dulu nih....




Entri pembuka untuk edisi hari ini kiranya entri warm-up lah kann....owhh gituu...:)
Bila sebut pisang, maka terbayanglah akan kek dan mufin yang gebu, enak dengan rasa pisang. Ataupun kuih muih seperti lempeng, cekodok, talam dan bingka yang sememangnya lazat....tak jemu walau dihadap hari-hari. Malah boleh dikatakan kesedapan kuih tradisi daripada pisang ni tak lekang dek panas....tak lapuk dek hujan.

Apakata kali ni kita variasikan penggunaan pisang dalam menu. Sesuai dengan keadaan cuaca yang agak panas sekarang, jom kita buat puding pisang sebagai kelainan. Resepi ni iza adaptasi daripada resepi Chef Aini Salim. Dari segi rasa puding ni memang tip-top....sedaapp!!....Teksturnya pula selembut sutera....bila makan.... Mmm....sejuk membasahi tekak....nak-nak hari panas macam ni.

Untuk resepi,  macam biasa iza dah kurangkan sukatan gula daripada resepi asal sebab tak berapa gemar manis-manis. Pada siapa yang ingin mencuba, kuantiti gula tu boleh lah disesuaikan. Pandai-pandai lah u alls adjust ikut citarasa masing-masing ya....



PUDING PISANG KARAMEL
source: Iza Akma SSK


BAHAN A : (Karamel)
  • 120 gm gula pasir (asal 200gm)
  • 50 gm air

BAHAN B :
  • 400 gm (1 tin) susu cair
  • 400 gm air
  • 115 gm gula pasir (asal 250gm)
  • 300 gm pisang berangan
  • 25 gm tepung kastad
  • 30 gm butter/marjerin
  • 6 biji telur (timbangan tanpa kulit ~250gm)
  • 1 tsp esen pisang (jika suka)
  • secubit garam 
  • secukupnya pisang, dihiris serong (jika suka)




CARANYA :

❀  Panaskan kukusan.
❀  Untuk Puding - Blend pisang, telur, gula, susu, air dan garam bersama hingga sebati. Masukkan tepung kastad, butter/marjerin dan esen. Blend lagi hingga halus. Ketepikan. Setelah bahan puding siap barulah buatkan karamel. Sebab apa karamel dibuat last...sila baca ruangan tip di bawah ya.
❀  Okay untuk menyediakan karamel, terlebih dulu masakkan gula pasir hingga mencair dan berubah warna menjadi keperangan. Masukkan air dan masaklah hingga pekat.
❀  Tuangkan karamel dalam loyang berukuran 8 inci yang sudah dilenser nipis dengan sedikit marjerin. Pusing-pusingkan loyang agar karamel merata.
❀  Susun hirisan pisang. Tuangkan adunan puding (tapis jika perlu) ke atas gula hangus perlahan-lahan.
❀  Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.


TIP :
Kenapa kadang-kala bahagian gula hangus terpisah daripada puding?

Ini adalah kerana anda tidak terus menuangkan campuran telur @ bahan puding ke atas gula hangus. Jika anda membiarkan lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila anda terbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan.

sumber tip : Chef Norzailina Nordin





17 sweet comments:

~~zana@pb~~ said...

Assalammualaikum Iza, kenapa tu sampai kaku nak menaip? hehe..cuti blog lama eh? Sekali keluar posting, karamel pisang...sedap ni...mcm nak cuba je.

rahel said...

waw..sedapnya..

mayangsayang said...

alhamdullilah.. wah akhirnya akak kembali berblogging .... leh le skodeng resepi2 yg mantop2..

Asyifa Mustaffa said...

sedapnya....nmpak menyelerakan....:)

Liza said...

fuhhhh, terliur akk tgk puding tu, menarik...

EmbunRosaliza said...

Assalam dan salam kenal, menarik puding pisang karamel ni, nampak sangat gebu dan sedap

KhaiRin : anies said...

salam kak! hi lama menghilang ;-)

nmpk best la nk kena try jg ni...

sorry to say this...sy sgt2 berminat dgn semua resepi yg akk share kt sini.. kalau sy beri suggestion utk dibukukan semua resepi2 ni cm ne? okey tak? andai kata berminat, nnt emel sy ya.

kolamhempedu16@hotmail.com

IeRA said...

Macam sedap je tengok....

Sheila Shafeareen said...

salam :-)sdp tu mmg terliur negok cam nak capai2 je heheheh..letak rasa pisang mmg enak sekali...nak cubalah...rasanya kalau pebagai kan rasa letak perasa yg sesuai pun ok gak kan..tegoda lag pulak.......

Rohah said...

bertemu kembali kak,
wahhh..telan air liur dulu sy kat sini...mesti smooth je kan, macm nk rasa je..

FnF Simple Life said...

salam kenal...mesti kaya dengan rasa pisang ni...

Norzilah Isa said...

Assalamualaikum...nampak menarik..boleh lah cuba nanti...terima kasih

Anonymous said...

de x rsepi ni yg xpkai tmbangan..cntohny pkai ukuran cwn ke..

baby said...

Akan ku chOba :)

feeza said...

Salam akak..boleh tak bg sukatan cawan..umah sye takde timbang la..hehehe

IZA AKMA said...

@feeza
Maaf feeza kak iza tak dapat nak bagi sukatan cawan..lagipun masa buat puding tu akak timbang jer tak sukat pulak pakai cawan. Akak lagi suka guna sukatan metrik berbanding cawan sebab sukatan akan jadi tepat..tak kurang..tak lebih..jadi bila2 masa buat pun hasilnya akan tetap maintain.
Jadi buat masa sekarang akak tak boleh nak convertkan pada cawan dgn bagitau macam tu jer tanpa mencuba terlebih dulu. Ditakuti nanti jika ada yg ikut dan hasilnya tak seperti yg diharapkan..akak juga yg akan dipersalahkan..nanti ada pulak yg cop resepi tak betul lar dan mcm2 lagi lah.
Padahal kami blogger2 masakan sentiasa berkongsikan resepi2 yg telah kami uji terlebih dulu dan kiranya menjadi barulah kami boleh publishkan di blog.
Apa pun terima kasih feeza kerana sudi bertanya dan tinggalkan komen di sini.

Anonymous said...

Kalau xnak letak pisang boleh x?air kene kurangkan ke?