0
STEAM JADE TAUFU

Untuk yang gemar tauhu pasti akan gemar yang ini juga. Tak makan dengan nasi ratah macam tu je pun dah kenyang. Siapa-siapa yang diet tu sesuai sangatlah kukus kukus camni... yang tak diet pun apa salahnya. Kalau kat luar mau puluh hinggit jugak sepinggan besar macam nih. Ni dah boleh sediakan sendiri alhamdulillah... hari-hari pun boleh... tinggal rajin tak rajin je. Memang sedap... terasa pedas-pedas lada putih , lemak-lemak masin kicap , ayam dan udang kering. Paling penting untuk masakan cina seperti ini minyak bawang putih wajib ada.

STEAM JADE TAUFU
by House of SSK
source : Chef Hassanhen Bin Abdullah

BAHAN A :
  • 1 biji Timun
    - buang kulit , potong setebal 1 inci setiap potongan dan buang biji tengah

  • 4 keping Tauhu Putih
    - menggunakan sudu korek sikit bahagian tengah tauhu bagi membentuk lubang... tak perlu dalam sangat dan simpan isi tauhu yang dikorek untuk langkah seterusnya

  • 1 keping Dada Ayam
    - potong kecil-kecil dan blend bersama 1 biji telur kuning + isi tauhu yang dikorek tadi

  • 1 sdm Isi Udang Kering  |  tumbuk 
  • 1 sdt Biji Lada Putih  |  tumbuk 
  • 3/4 sdm Kicap Cair
  • 3/4 sdm Minyak Bawang Putih
  • 1 sdt Tepung Jagung 
  • Cili Merah  |  hiris
  • Cili Hijau  |  hiris
  • Daun Bawang  |  hiris
BAHAN B  (sos) :
  • 1 sdm Minyak Bawang Putih
  • 2 1/2 sdm Kicap Cair
  • 2 sdm Sos Tiram
  • 1/2 sdm Gula Pasir
  • 1 sdt Garam
  • 1 sdt Serbuk Pati ayam
  • 1/2 sdm Minyak Bijan
  • 2 1/2 sdm Air

CARA PENYEDIAAN :
❀  Sediakan inti
❀  Masukkan bahan blend (isi ayam + kuning telur + isi tauhu) ke dalam bekas.
❀  Masuk bahan tumbuk  (udang kering + lada putih) , cili merah , cili hijau , daun bawang , kicap cair , minyak bawang putih dan tepung jagung untuk pekatkan.
❀  Kacau sebatikan semua bahan , ketepikan
❀  Sementara itu , atur timun dan tauhu dalam pinggan tahan panas. Hias tauhu dengan hirisan cili merah di tiap penjuru
❀  Isi inti ayam tadi dalam lubang tauhu dan timun dengan isian penuh memumbung. Dah siap isi semua ketepikan dahulu


❀  Sediakan sos pula
❀  Satukan semua bahan sos , kacau rata
❀  Sudukan ke atas tauhu dan timun hingga habis
❀  Kukus 5 - 6 minit dengan api kuat atau 10 - 15 minit jika api perlahan


❀  Dah siap kukus , keluarkan dari kukusan
❀  Sudukan bawang putih goreng atas tauhu dan tabur hirisan daun bawang


CATATAN HoSSK :
# udang kering boleh gantikan dengan udang segar 
# sebelum masak rasa sos agak masin , tapi bila dah masak akan jadi secukup rasa
# kalau tak ada pinggan tahan panas guna aje loyang... dah masak alihkan ke dalam pinggan 




0 sweet comments: