Mee Hoon Udang Lada Hitam
Assalamualaikum...
Apa khabar semua?
Walau tiada entri terkini, SSK masih terus menerima kunjungan setia daripada teman-teman. Terima kasih diucapkan atas kunjungan anda semua yang sudi melapangkan masa menziarah laman SSK sepanjang tidak bersiaran.
Setelah seminggu dapur tidak berasap....hari ini dapur SSK bekerja semula seperti biasa. Ya lah kan....kita ni bukannya mesin ataupun robot yang boleh bekerja sepanjang masa....adakalanya harus berehat juga bagi menenangkan minda dan jiwa....jauh dari hiruk-pikuk kota. Alangkan mesin pun jika dipaksa terus-terusan bekerja boleh rosak....inikan pula kita manusia yang cuma ada tulang empat kerat....
Ok, lah mihun ni sebenarnya menu sebelum tuan rumah pergi bercuti....masa tu sibuk-sibuk packing....tak sempat nak post....hari ini baru berkesempatan. Tengoklah punyalah kaya dengan udang....sebab nak perhabiskan segala stok dalam fridgekan. Jom, semak resepi....
MEE HOON UDANG LADA HITAM
Bahan-Bahan:
1/2 bungkus mee hoon ( rendam dalam air sejuk sebentar)10 ekor udang, digoreng sekejap
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
1 keping fishcake, dihiris nipis
3 pokok sawi, dihiris
2 biji tomato, dihiris
segenggam taugeh
1 biji bawang besar, dihiris
1 biji cili merah, dihiris
1 biji telur, dijadikan scramble
2 cawan air@ikut keperluan
Bahan Tumbuk/Kisar Halus:
5 ulas bawang merah1 inci halia
1/2 sudu besar biji lada hitam
Bahan Sos:
1/2 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos blackpepper
1 sudu besar sos ikan
garam seukup rasa
Caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Tumiskan hirisan bawang dan cili merah sehingga garing dan naik aromanya.
- Masukkan rempah kisar dan tumis lagi sehingga garing.
- Masukkan hirisan tomato, batang sawi dan fishcake. Goreng sehingga lembut.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Gaul dan rasa. Jika ada yang terkurang, tambah.
- Masukkan mee, gaul dan balik-balikkan. Setelah mee lembut, masukkan daun sawi, tauge, telur, udang, gaul-gaul dan segera matikan api. Semasa menghidang taburkan bawang goreng.
9 comments:
Assalamualaikum Akma,
lama tak dengar cerita...
bihun tu nampak tempting...knur masuk list ya...
salam akma
aduuuh,kat sini hujan lebat..dah makan tengahri dah tapi masih lagi lapar .apa lagi bila tgk mihun ni...huhu
as-salam kak ,sungguh menyelerakan yummy..
sdp nya mee hoon grg lada hitam hemmmm fv sekeluarga ni
bihun..sedappnya..
nak sepinggan kak..
Assalam akma,
waduh, mee2 ni semua memang akaknya favourite..tak kiralah apa jenis atau mee masak apa..dah lunch pun boleh lagi masuk mee..hehe
W'kmslm kak Nur,
ye lah kak Nur..lately mood nak berblog tu kurang sikit..hehe
nampak tempting ye kak Nur..boleh..silakan
W'kmslm kak Anymz,
biasa la tu kak Anym..kalau ujan2, perut sentiasa minta diisi jer..lapar memanjang..hehe
kalau gitu boleh lah try mihun ni..
W'kmslm Ady,
menu mihun mmg sedap..tak kiralah digoreng ke atau dibuat sup..fav akak sekeluarga
Sheila,
ye sheila..goreng cam tu pun sodap..tambah lagi pulak dgn lada hitam, lagilah sedap..hehe..
Hi Mas,
usahkan sepinggan..sekuali pun akak leh bagi mas..
W'kmslm kak Ayu,
saya pun kak..kalau seharian tak mkn nasi pun tak apa..mi ke mihun ke pun dah cukup..tp kena mengulang mkn lah jawabnya..hehe
Post a Comment