Kaswi Durian
Ahaa.....jangan salah sangka.....walau warnanya sama hijau.....bukan kaswi pandan tau tapi kaswi durian.....hehehe. Sebelum ni saya pernah postkan resepi kaswi keladi yang sedap tu ( leh semak kat menu index ) .....kali ini saya nak kongsikan pula resepi kaswi durian. Saya ni memang tak boleh makan durian macam tu jer puas dipaksa tetap tak boleh. Pendeknya, kalau orang kenduri durian depan kita pun.....ada aku kisah....tak hairan. Tapi akan jadi kisah dan hairan bila dah jadi kuih.....apa-apa laa kuih yang ada durian semua suka. Macam tu jugak lah dengan kaswi durian nie.....mengancam abiss.....lemak-lemak manis dan kenyal-kenyal.....memang sedap. Pada siapa yang nak tau rasanya kaswi durian ni, jangan lah ragu-ragu untuk mencuba ya.....
KASWI DURIAN
resepi asal : Chef Aini Salim
Bahan A :
200 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung jagung
200 gm santan pekat (dlm kotak)
200 gm air
1/4 sudu teh esen durian
2 sudu teh air kapur
1/4 sudu teh garam
secukupnya pewarna hijau & kuning
Bahan B :
50 gm santan pekat (dlm kotak)
150 gm air
180 gm gula pasir
120 gm gula melaka
(kuantiti gula pasir & gula melaka boleh disesuaikan ikut citarasa
.....sy pun kurangkan kerana tak suka manis-manis)
.....sy pun kurangkan kerana tak suka manis-manis)
Bahan C :
200 gm isi durian
50 gm santan pekat (dlm kotak)
150 gm air
Caranya :
- Satukan semua bahan (B) dan masak hingga gula larut. Ketepikan.
- Satukan bahan (A) dan kacau hingga rata. Tuangkan pula bahan (B) yang dimasak tadi. Kacau lagi hingga rata.
- Kisar bahan (C) dan masukkan ke dalam adunan (A) dan (B).
- Masak adunan sehingga naik wap (jgn terlalu pekat). Tuangkan ke dalam loyang 10inci atau acuan lompang yang telah disapukan sedikit minyak.
- Kukus adunan selama 40 minit jika menggunakan loyang dan 20 minit jika menggunakan acuan lompang.
- Tunggu sehingga benar-benar sejuk barulah dipotong atau dikeluarkan daripada acuan.
6 comments:
Salam....
tak pernah dengar lagi ni. tadi tgk izah buat kaswi gandum...
As'salam Iza
mesti sedap rasanya sebab ada bau durian ni kan. cantik jer kaler kaswi tu, hijau lumut :)
Kechur kak cek tgk kuih kaswi durian ni...warna hijaunya menarik...tertarik....:)
as-salam kak
mesti sedap kaswi durian ni..blh masuk list..
wah... kasuwi durian. tak pernah try ni, mesti sedap,kan?
Salam kak,
terliur sangat saya tengok kasuwi ni, ada kelainan dari yang biase dr sudut rasa..
Post a Comment