Mee Goreng Jawa...
Assalamualaikum...
Salam manis penuh keceriaan.....
Kalau mee jawa dikenali ramai dengan keenakannya.
Bagaimana pula dengan Mee Goreng Jawa...?
Iza terjumpa resepi ni masa blogwalking kat blog kak Ayu.
Bagi Iza sekeluarga inilah pengalaman pertama merasai mee goreng jawa. Sumbangan resepi oleh Kak Aidah yang duk jauh di Kuantan nun. Ia sedikit berbeza daripada mee goreng biasa kerana menggunakan buah keras dalam resepinya.
Nak membuatnya agak leceh sikit tapi nak rasa punya pasal sanggup diharungi.
Walaupun penyediaannya agak remeh tapi penat lelah tak sia-sia.
Rasanya sedap juga tau.....basah-basah gitew.....sesuai dimakan tika panas-panas.
Terima kasih pada penyumbang resepi. Izinkan Iza panjangkan pula di sini ya.....
MEE GORENG JAWA
recipe : Kak Aidah
sharing : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
1 kg mee kunig
10 biji buah keras - dikisar halus
2 biji bwg besar - 1/2 ditumbuk halus dan 1/2 lagi dihiris
5 sdm cili kering yang telah dikisar
lengkuas sebesar ibu jari - dititik
3 ulas bawang putih - dikisar
1 sdm lada hitam - dikisar
1 genggam udang kering - dikisar
1/2 kg udang basah - dikopek dan diambil kulitnya dan direbus untuk dijadikan air rebusan
200 - 300 gm sotong
Sawi
Kobis
Lobak Merah
Bunga jagung ~iza tak letak
2 sdm kicap pekat
2 cawan air rebusan udang
sedikit aje garam
**jika suka boleh tambahkan taugeh, telur dan serbuk perasa
Cara Penyediaannya :
❀ Tumiskan bawang besar yang dihiris sehingga kekuningan.
❀ Kemudian masukkan cili kering, bawang putih dan bawang besar kisar, lada hitam, buah keras & udang kering.
❀ Apabila bahan tadi garing masukkan air rebusan udang diikuti dengan udang & sotong
❀ Masukkan mee. Jika air rebusan tidak mencukupi boleh ditambah sedikit air.
❀ Kemudian masukkan sayuran diikuti dengan kicap pekat.
❀ Akhir sekali masukkan garam mengikut cita rasa masing-masing.
9 comments:
salam iza...mee grg jawa kompem ada udg keringkan...tu yg xtahan tu, hubby Liza alah udg kering....
tp mee grg tu nmpk menarik....slurrrpppp
salam kak iza... wah2.. jakun jap tgk ada buah keras kt bhn2 tu. tun xpernah mkn mee jawa. sbb tun gatal2 sket kalau mkn udang, jd xberani nk mkn mknn yg ada air rebusan udang. tp mee tu nmpk sedap.
Sama kita hari ini akak buat mie Indomie Akma buat Mee Jawa Goreng...ketanah seberang la kita pagi ini
tertarik ja hanim dengar nama mee goreng ni. teruja gak nak tau apa beza dengan mee goreng yang biasa ni. kebanyakan bahan2 sama jer cuma tambahan lengkuas dan lada hitam.
boleh cuba mcm ni. KIV yer iza resepi ni ....
sure orang jawa yang cipta respi ni kan...hehe
Kalau Rahel yang dapat mee goreng macam ni..tentu dah kena siram cili banyak2...
lebih suka makan mi kuning dari mi siam sbb cepat kenyang...
owhh...mee goreng jawa ye, agaknya mee goreng begini yang dibubuh dalamnasi ambeng tu kot. sedaplah!
Iza...kak cek nak mee goreng sepinggan...sedapnya....:)
p/s...akak dah try nagasari cendol hari ni...tapi senang punya...he he..ikut resepi Iza.....nanti akak post n3 tu...lum sempat lagi...sedappp....
Post a Comment