NASI LEMAK UTARA + SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Assalamualaikum...
Selamat petang dan salam manis buat semua pengunjung yang budiman.
Entri ini sepatutnya dientrikan pagi tadi. Tapi faham-faham saja lah kan, hari ni hari pertama persekolahan sessi 2012 bermula. Jadi pagi-pagi tu banyak kerja rumah yang perlu dilangsaikan.
Pagi seperti biasa sebelum subuh dah bangun, siapkan sarapan pagi. Pagi tadi iza masak Nasi Lemak Utara. Dari mana datangnya Utara? Adakah kerana resepi ini berasal dari negeri sebelah utara sana atau sekadar hanya pada nama saja? Yang pasti iza tiada jawapan kerana yang empunya resepi Chef Sabri lebih arif akan jawapannya. Ini lah sarapan kami sekeluarga merangkap bekalan anak-anak ke sekolah pagi tadi.
NASI LEMAK UTARA
source of ref : Buku Dunia Masakan Chef Sabri
source : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
5 cwn beras Super A1
4 cwn santan cair
2 cawan santan pekat
3 sdm mentega
20 gm halia*
80 gm bawang besar*
10 gm bawang putih*(*dititk)
5 gm halba campur
1 helai daun pandan
2 sdm garam
2 sdm gula
Cara Penyediaan:
❀ Panaskan mentega dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, halba campur, daun pandan dan serai hingga naik bau.
❀ Masukkan beras dan kacau hingga rata.
❀ Masukkan santan, garam dan gula. Tanak nasi seperti biasa hingga kering.

***untuk beras iza guna beras biasa
mentega iza gantikan dengan marjerin
manakala halia, bawang besar, bawang putih dan halba setelah ditimbang:
~halia anggaran 2cm
~bawang besar 1 labu
~bawang putih 2 ulas (semuanya iza hiris saja)
~halba lebihkurang 1/2 sdb
sebagai tambahan iza masukkan 1 batang serai yang diketuk

Lawan nasi lemak dah semestinya sambal. Sambal pula terpulang samada hendak sambal ikan bilis, sotong/sotong kering, udang, ayam.....terpulang pada selera masing-masing. Yang wajibnya sambal mesti ada tak boleh tidak sebagai pelengkap kepada nasi lemak.
Nasi lemak memang favorit suami dan anak-anak. Nak tahu apa mereka komen.....sedaappp.....two-thumbs up!! Nasi dan sambal resepi Chef memang sedap dan berperisa. Tak rugi rasanya memiliki buku masakan Chef Sabri ini untuk dicuba rasa resepi di dalamnya.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan-Bahan :
200 gm ikan bilis/sotong/udang
2 labu besar bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
4 sdm pes cili
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 sdk belacan
8 sdm air asam jawa
1/2 sdm garam
2 sdm gula
Cara Penyediaan :
❀ Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
❀ Masuk pes cili dan belacan. Kacau hingga pecah minyak.
❀ Masukkan air asam jawa, sedikit air tambahan, garam dan gula. Renihkan sehingga sambal masak.
❀ Bila nampak sambal dah pekat sikit-sikit tu, kecilkan api. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi bersama bawang besar yang dihiris bulat. Kacaukan. Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat.
Bahan-Bahan :
200 gm ikan bilis/sotong/udang
2 labu besar bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
4 sdm pes cili
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 sdk belacan
8 sdm air asam jawa
1/2 sdm garam
2 sdm gula
***untuk setengah resepi iza gunakan 2 cwn ikan bilis.....digoreng hingga garing. cili kisar iza bubuh 4sdm penuh dan 1 labu bawang besar(kuning) dihiris bulat
air asam, gula dan garam ikut sesuai rasa
Cara Penyediaan :
❀ Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
❀ Masuk pes cili dan belacan. Kacau hingga pecah minyak.
❀ Masukkan air asam jawa, sedikit air tambahan, garam dan gula. Renihkan sehingga sambal masak.
❀ Bila nampak sambal dah pekat sikit-sikit tu, kecilkan api. Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi bersama bawang besar yang dihiris bulat. Kacaukan. Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat.
No comments:
Post a Comment