Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum...
Petikan Berita Harian bertarikh 4 Oktober 2002 menyatakan kandungan khasiat Omega-3 yang terdapat pada ikan keli adalah antara yang tertinggi berbanding spesis ikan-ikan lain.
Menerusi penyelidikan yang dijalankan oleh Technology Park Malaysia (TPM), ikan keli mempunyai kandungan 0mega-3 pada kadar 0.51gm, paling tinggi berbanding ikan salmon (0.20gm) dan mackerel (0.10gm) bagi setiap 100gm. Manakala kadar lemak yang dimilikki ikan keli (9-12%) juga antara yang tertinggi daripada mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika ataupun kawasan beriklim sederhana. (sumber fakta : SempadanGemilang.com.my)
Pengambilan omega yang terdapat dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Ia amat bagus bagi pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Jumlah tahap DHA yang rendah dalam otak manusia boleh menjurus seseorang kepada penyakit tekanan jiwa. Kebaikan omega lain; berupaya mengurangkan risiko penyakit barah, mengurangkan risiko pembekuan darah yang menjadi punca utama kepada penyakit jantung serta mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan.
Ada sesiapa yang pantang ikan keli?...angkat tangan..hihihi.
Iza pun pantang juga tauu tapi bukan pantang makan...pantang jumpa...
Sama juga anak-anak semua penggemar setia ikan keli...pantang jumpa pasti lauk itu yang dicapai dulu.
Biasa masak berlada tapi kali ni ubah menu...masak lemak pulak. Ikan keli salainya Iza beli yang instant tu jer...alaa yang dah siap bakar tuu...lepas tu baru digulaikan...mudah kerja kann. Seronok betul tengok anak-anak makan sampai tak dongak dagu...
IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI PADI
source: Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 3 ekor ikan keli salai
- 15 biji belimbing buluh, dibelah dua
- 1 biji kecil timun (jika suka), dibelah dua...buang biji & potong ikut suka
- 2 batang serai, dititik
- 1 helai daun kunyit, dicarik-carik
- 1 cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
- 3 keping asam gelugor (bergantung pada masamnya belimbing)
- garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMBUK :
- 15-20 tangkai cili padi (kalau suka pedas tambah lagi)
- 3/4 inci kunyit hidup
- 3 ulas bawang merah
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Tumbuk bahan-bahan tumbuk bersama sedikit garam. Masukkan ke dalam periuk bersama asam gelugor, serai, daun kunyit, timun dan santan cair. Didihkan dengan api perlahan dan kacau selalu.
❀ Apabila kuah agak-agak mendidih, masukkan belimbing buluh. Setelah belimbing kelihatan sedikit layu, masukkan ikan keli salai serta santan pekat dan kacau. Sesuaikan rasa garam, gula dan asam. Ketika ini gulai hendaklah dikacau selalu.
❀ Apabila kuah pecah minyak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5 comments:
ikan tu jual yg dh salai ke? tun xpernah jumpa ikan keli yg salai. hihi.. tun suka makan ikan keli, tp yg goreng la. ikan sungai, kalau yg kuah2 ni, susah sket nk telan. hihi..
baru je mkn semlm, masak lemak n belimbing buluh, memang sedap
sedapnyer kak...sy suka ikan keli masak cenggini...nk ditambah dn blimbing buluh...pergghhhh....
Assalammualaikum
telan ayaq lioq chekiah nengok. garenti mabeles cedap ni. next projek klau beli ikan keli nak msk cam gini juga lah sbb slalu goreng msk sambal jer at least yg camni lain sket kan. tks share resepinya
Sedap
Post a Comment