Kuih Cara Berlauk
Assalamualaikum...
Rakyat kat rumah ni dah mula bersungut. Mereka kata semenjak dua menjak nih, suri di dapur ni asyik buat kuih maniiisss jer. Ya tak ya jugak ehh, ...betul juga apa yang dierang kata tu. Dek kerana mengejar list resepi yang harus dicuba semakin hari semakin memanjang...yang entah bila nak surutnya, tak tau ler...buatkan kekadang terlepas pandang dengan kuih savouri yang satu ini.
Dulu sebelum berblog, selalu buat kuih cara berlauk ni. Bila terasa-rasa nak makan jer resepi inilah yang selalu Iza ikut...terutamanya bila bulan puasa sebagai juadah berbuka. Tapi kalau kuih-kuih sedap macam ni tak payah tunggu bulan puasa...anytime pun boleh...asal ada kerajinan...
KUIH CARA BERLAUK
source : Iza Akma SSK
BAHAN UNTUK BERLAUK/INTI :
- 200 gm daging cincang
- 2 sudu makan rempah kari daging
- 1 sudu makan sos tiram
- sedikit lada hitam, jika suka
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis secukupnya
BAHAN TUMBUK :
- 2 ulas bawang putih
- 1 labu bawang merah
- 1 cm halia
BAHAN TABURAN :
- 1 pokok daun sup, dihiris
- 1 pokok daun bawang, dihiris
- 1-2 biji lada merah, buang biji dan hiris
- sedikit bawang goreng, jika suka
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk.
Bila dah naik bau, masukkan daging cincang. Kacau sebentar.
Kemudian masukkan rempah kari, sos tiram, garam dan gula secukup rasa serta lada hitam jika suka. Biarkan sehingga daging masak dan kering sambil dikacau sekali-sekala. Angkat dan ketepikan.
BAHAN KUIH CARA :
- 300 gm tepung gandum
- 23 oz (690gm) santan pekat (dari sebiji kelapa)
- 2 biji telur
- 1 tsp garam
- 1 sudu makan minyak masak
- pewarna kuning
Satukan tepung, garam dan telur dalam sebuah bekas.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga menjadi adunan yang licin dan halus.
Masukkan pewarna dan minyak. Kacau rata.
UNTUK MEMBUAT CARA BERLAUK :
❀ Panaskan acuan kuih cara. Untuk permulaan sapu minyak/butter/minyak sapi pada acuan. Step ini hanya dilakukan pada permulaan saja tidak perlu seterusnya kerana dalam adunan telah ada dimasukkan minyak...jadi kuih tidak akan melekat pada acuan.
❀ Tuangkan adunan dalam acuan. Letakkan bahan inti beserta bahan taburan.
❀ Tutup acuan supaya kuih cepat masak. Dah masak, angkat dan hidangkan.
11 comments:
Assalam Iza, sedapnya la kuih cara, akak ni xda kerajinan lagi nak buat...dpt makan selalu...yg kedai punyer...hahahhaa, hembus2 sikit angin rajin mencara ni kat akak...sambil tu, tapau la kuih tu sikit... :)) geram tengok, comel2 jeer..
kuih ni feveret akak. mesti sedap ni
salam Iza..
Cantik2 kuih yang iza buat..
Suka akak singah sini.. rasa macam semua nak buat..
Fav akak ni...anak dara akak suka kuih cara manis....mcm2 selera anak2 ni kan..:)
tergoda i...
@Ummi
Wassalam.
Nak makan kak Ummi terpaksa lah merajinkan diri...lgpun kat area umah Iza ni susah betol nak jumpa orang jual cara berlauk melainkan bulan puasa...nak tak nak kenalah buat sendiri...hati pun puas.
@♥MAMASYAZA♥
feberet Iza satu keluarga juga...
btw selamat datang Mamasyaza terima kasih sudi bertandang ke SSK.. :)
@AZLITA AZIZ
Wassalam..
Aduiihh..Patutlah Iza tersedak2 rupanya owner blog paling gah mai lawat sini...he3x...malu pulak rasanya bila Ita kata lagu tu..
Apa pun thank you lah Ita, sudi luangkan masa visit SSK...Iza pun sukaaa singgah Masam Manis...kat sana macam2 ada...
@cik cek
Fav kak Cek gak yer...
Aduyaiii kalaulah cara berlauk tu Iza kak Cek alangkah seronoknyeerr...ramai yg minat...he3x
Biasa la tu kak Cek anak2...mcm2 selera...yg anak dara suka kuih manis2...yg anak teruna suka yg pedas2..:)
@Gee®
haii takkan tergoda jer Gee...hihihi
Salam sis iza...nk minta izin share resepi ni. Comel jer kejadian kuih tu.
Post a Comment