Puding Coklat Oreo
Assalamualaikum...
Cuaca di Ampang dua tiga hari ni panas betul.
Dalam keadaan cuaca panas sebegini, andai disaji dengan makanan atau minuman yang menyejukkan...alangkah nyamannya terasa.
Rancang nak buat puding semalam tapi tertunda ke hari ini.
Sebelum terus dengan projek puding memuding tu kenalah diteropong dulu tengok kesesuaian cuaca...panas ker, nak hujan ker...tak gituu. Nanti puding belum pun sempat mengeras...hujan dah turun mencurah-curah...hehhehheh. Lepas ditinjau-tinjau diteropong...nampak cuaca boleh tahan panas juga hari ini. Okey, lampu hijau menandakan projek memuding boleh diteruskan.
Ini lah hasilnya Puding Coklat Oreo yang Iza buat pagi tadi.
Puding ni dah ramai pun rakan blogger yang mencuba. Resepi mengatakan, bila dibiarkan membeku dengan sendirinya puding akan membentuk dua lapisan. Sebab itulah ada yang sukses tak kurang juga yang kecewa sebab kurang menjadi seperti diharapkan.
Makanya Iza ambil jalan mudah...olah sedikit caranya ikut style sendiri. Kira oklah kan...
Puding ni mempunyai paduan rasa coklat dengan oreo. Itu yang buatkannya sungguh istimewa dengan rasa yang tersendiri. Siapa yang belum mencuba tu, silalah cuba sebab rasa puding ni sememangnya mantap...kaya dengan rasa coklat...
Terima kasih Ros atas perkongsian resepi.
PUDING COKLAT OREO
recipe : Ros @ Jintan Manissharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :(dapat dalam 10-15 acuan jelly)
- 1/2 paket agar-agar stripe atau (8 gram-1 paket serbuk agar-agar)
- 6 keping biskut coklat Oreo (inti krim putih keluarkan)~iza buat 10 keping
- 2 cawan air
- 2 cawan susu segar (atau boleh ganti dengan susu kacang soya/bancuhan susu pekat manis)~iza guna susu perisa coklat
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan, disimpulkan
- 2 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu besar air suam* (*bancuh bersama jadikan pes coklat)
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Rendam agar-agar kira-kira 2 jam sebelum direbus, kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus agar-agar bersama daun pandan. Biarkan agar-agar betul-betul larut.❀ Sementara itu blender halus biskut oreo, selepas itu masukkan susu segar, gula dan biskut oreo tadi, kacau sebati.
❀ Kemudian curahkan pes coklat ke dalam periuk agar-agar.
❀ Setelah semua sebati, curah dalam acuan dan setelah sejuk baru disimpan di dalam peti ais, agar-agar akan menjadi dua lapis dengan sendirinya, kalau nak lapisan biskut oreo tu lebih tebal, boleh tambahkan kuantiti biskut oreo tadi.
❀ Amat sesuai dimakan masa cuaca panas ataupun sebagai menu sampingan untuk anak-anak.
Selamat mencuba...◕‿◕
CARA IZA :
Selepas agar-agar larut, masukkan susu perisa coklat, gula dan kacau sebati. Lepas tu masukkan pula pes coklat, kacau hingga pes coklat sekadar merata. Keluarkan setengah bahagian agar-agar dan tinggalkan setengah bahagian lagi dalam periuk. Campurkan bahagian agar-agar yang dalam periuk tu dengan oreo yang telah diblend. Masak semula hingga didih. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air terlebih dahulu. Biarkan ia.Apabila lapisan oreo kelihatan hampir mengeras, masak semula baki setengah bahagian agar-agar tadi hingga didih dengan dikacau selalu. Kemudian curahkan ke atas lapisan oreo. Jangan lupa cakar-cakarkan lapisan oreo sebelum dituangkan dengan lapisan yang baru...
11 comments:
Kak cek dtg dah ni....tak tahan tgk puding...nak sikittttt...dah terasa kat tekak akak tau...jgn la ckp dah abis....gigit2 jari akak dibuatnya...hu hu...cam kena buat sendiri je ni...he he..:)
waaa..sedapnyer
tadi lunch baru layan...choc mousse oreo...
p/s:- betul ke eja mousse tu...heeee
akk, sy nk try buat tp utk mkn 56 org... kalu buat dlm loyang besar, agak2 mcm mn ye sukatannya? serously, tak pandai nk main agak2 ni...
@cik cek
hahhah..jangan lah gigit jari kak cek...sian jari jadi mangsa
kang kat mana pulak nak disarungkan cincin mahal yg dibeli cik abang tu nanti..he he
@aJa
owh ye ke aJa...sedapnyer...
lama gak iza tak pekena chocolate mousse...
takpe lain kali lah, layan dulu puding oreo yang sedap nih
@KhaiRin : anies
Anies, resepi ni iza dapat lebihkurang 6pcs acuan jelly kecil2 tu & 1 loyang 6"bulat yg lepas dipotong dapat dlm 10-15pcs.
Ikut anggaran kak iza, kalau utk 56 org anies leh gandakan resepi kpd 3 dapat anggaran sepotong sorang. Bak kata orang, nak jamu org makan biarlah terlebih jgn terkurang. Nak selamat gandakan kpd 4 resepi.
Iza cadangkan jika buat dlm kuantiti banyak lebih baik gunakan agar2 stripe sebab ikut pengalaman iza...puding yg guna agar2 serbuk lebih cepat berair berbanding agar2 stripe yg lebih stabil.
Itu pendapat iza lah...tapi kalau anies dah biasa guna agar2 serbuk, teruskan...ikut kesesuaian masing2.
Assalamualaikum dan salam maulidur rasul Iza,
Ya Allah Iza, cantik sesangat nampak puding tu, klu dpt kat anak2 akak tak taula camana berebutnya, coklat2 ni budak2 sukakan...
salam.. nak tanya kalau susu coklat tu iza pakai susu pe or brand per ek ;D
@chuwit2
iza guna susu coklat dutch lady atau kekadang marigold yg dlm kotak tu
assalamualaikum.. :)
mcm mane buat blog nie disable right click ea? boleh tnjuk ajar? ^__^
Agak berbeza dengan cara saya buat. Saya masukkan krim oreo tu juga:)
Post a Comment