Roti Silang Kari Daging
Assalamualaikum...
Bertemu kembali...
Dah lima hari tiada sebarang menu masakan dientrikan SSK.
Maka hari ini SSK tampil semula bersiaran dengan menu resepi seperti kebiasaan.
Roti ni sebenarnya dah lama buat. Terlupa pulak nak entrikan...
Tekstur roti sungguh lembut dan gebu...malah masih kekal lembut hingga keesokan hari...
Sesuai dihidangkan di kala sarapan, minum petang mahupun sebagai kudapan di waktu senggang...
Berintikan inti kari daging yang sedap membuatkan roti ini bertambah-tambah enak untuk dinikmati. Tanpa banyak bicara Iza tinggalkan anda semua dengan resepi nun dibawah...
ROTI SILANG KARI DAGING
DOH ROTI (doh roti asas Fida@MyR)
BAHAN-BAHAN :
- 600 gm tepung roti (5 cawan rata)
- 120 gm gula halus (1/2 cawan rata)
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu tepung (opt) ~iza guna coffee-mate
- 5 sudu kecil rata yis segera Mauripan
- 1 biji telur
- 250 ml air
- 60 gm butter-lembut (2 sudu besar penuh)
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Satukan semua bahan-bahan dalam mixer dan putar hingga doh tidak melekat pada mangkuk mixer.(Iza uli dengan tangan aje)❀ Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
❀ Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai 4 persegi. Kelar kiri dan kanan doh tadi. Isikan 1/2 bahagian inti di tengah doh. Kemudian lipat bersilang antara jejari kanan dan kiri, buat hingga siap, alihkan ke loyang yang telah disapu sedikit mentega. Buat kaedah sama untuk satu bahagian lagi. (Untuk lebih detail bagaimana membentuk roti silang, sila rujuk di SINI )
❀ Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur serbuk lada hitam atasnya.
❀ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pasa suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan.
❀ Sejukkan roti sebelum dihidangkan....
INTI KARI DAGING (by Chef Zaidah Mohd Noor)
❀ Masukkan daging dan kacau sebentar.
❀ Masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.
❀ Masukkan bawang besar dan daun sup. Tambah garam dan gula secukup rasa.
❀ Apabila kering, angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
BAHAN-BAHAN :
- 3-4 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar rempah kari
- 150 gm daging lembu cincang
- 3 biji ubi kentang, dikupas dan didadu
- 2 biji bawang besar, dikupas dan didadu
- 1 tangkai daun sup, dihiris
- garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR/TUMBUK :
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu besar udang kering
CARA MENYEDIAKAN :
❀ Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan kisar serta rempah kari sehingga wangi. Jika perlu tambah sedikit saja air bagi mengelakkan rempah menjadi hangus.❀ Masukkan daging dan kacau sebentar.
❀ Masukkan kentang dan masak sehingga kentang empuk.
❀ Masukkan bawang besar dan daun sup. Tambah garam dan gula secukup rasa.
❀ Apabila kering, angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
7 comments:
as-salam
ngancam betul kak roti silang kari daging tu...sedap makan dgn secawan kopi panas petang2 macam ni...
Sedapnya....cantik lak tu....nak meroti tepung roti dah habisla pulak...
sedap jugak nampk roti nih. tun xbape masuk makan daging, tukar ngan minch chicken sesuai gak nih. xyah mkn nasik dh.
Salam kenal SSk..
roti ngan kari mmg gandingan ideal..x jemu di tekak ni...suka tgk gambo2 awak
Assalamualaikum Iza,
ada lagi tak roti yg menawan hatiku itewwww....kalau dpt rasa bestnya...mmng nmpk sedap sngt..
@ummiaisyah
salam kenal juga ummiaisyah..terima kasih..
@Yatie
W'kmsalam Yatie,
mmg sedap yatie..dah lah rotinya lembut intinya pun sedap..
kalau nak mmg dah takde lagi dah yatie..semua dah selamat..hehehe
Post a Comment