Sardine Puffs
Assalamualaikum...
Selamat petang.
Salam bersiaran kembali...
Apa khabar semua...?
Di harapkan semua yang sedang membaca entri SSK tika ini berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya...moga-moga hidup anda akan sentiasa disinari keceriaan serta dipayungi kebahagiaan di samping insan-insan tersayang...
Dulu-dulu kalau nak buat puff terpaksa fikir dua tiga kali sebab masa tu mana ada jual pastri pastri puff nih...nak kena buat sendiri. Tapi sekarang dah senang...tak perlu lagi bermain dengan tepung bersusah payah buat pastri...menggelek dan mencanai berkali-kali. Jika rasa-rasa mengidam atau gatal tangan nak buat puff...di pasaraya kini dah tersedia menjual ready-made pastry...balik rumah tinggal masakkan inti dah boleh buat...pas tu dah boleh makan sepuas hati...
Intinya boleh dipelbagaikan...nak manis boleh nak pedas pun boleh...terpulang...
tepuk dada tanya selera...:) Tak nak celoteh panjang sebab ada kerja yang perlu dibereskan pada kadar segera. Jom layannnn....
SARDINE PUFFS
source : Roz@HomeKreationsharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia* (* tumbuk)
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 biji limau kasturi
garam & gula secukup rasa
1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping)
kuning telur, disapu
sedikit lada hitam, tumbuk halus
CARA MENYEDIAKAN:
❀ Sediakan inti sardin. Panaskan sedikit minyak & tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili mesin & kacau sehingga garing. Masukkan bawang besar & kacau rata. Masukkan sardin, garam & jus limau. Angkat & sejukkan.❀ Lembutkan puff pastry sehingga mencapai suhu bilik. Gelek & potong saiz yang anda suka. Letakkan inti sardin, lipat & tekan tepi dgn garpu. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar.
❀ Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang.
Tips :
Jika oven anda mempunyai kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......(sumber dari 'Martha Stewart')
sedaapp!!... kerangupan yang sungguh terasa...wallaaa... |
3 comments:
Salam Iza,nak fengsan gue tengok puff sardine tu...menawan hatiku..
cantik je sardin puff nih. tun je kesian duk sini, xde jual frozen puff pastry nih =(
sedapnya tgk sardine puff tu...sedap dimakan masa panas2...
Post a Comment