Eggless Chocolate Chip Banana Bread
.... السلام عليكم
Maaf lah ya...hari ni lewat sikit mengentri. Dari pagi tadi sibuk sikit. Entah apa yang disibukkan pun tak tahu lah. Uruskan sana uruskan sini...tak sedar hari pun dah petang. Bila waktu dah semakin menginjak senja begini semangat nak mengupdate tu agak merundum sikit namun digagahi juga demi teman-teman semua...
Selalunya bila beli pisang payah benor nak habiskan. Dah macam tu pun masih tak serik-serik beli dan beli lagi. Pendeknya bila tak habis iza akan buat kek tak pun cekodok itu yang paling senang dan gerenti habis punya.
Kek pisang dah selalu...kali ni buat banana bread pulak lagipun resepi tak guna telur...laju jer ler... Banana bread ni rasanya macam kek juga...cuma bila tergigit tu ada sikit-sikit rasa roti sebab adanya penggunaan wholemeal. Okeeyyy hari pun dah senja sangat dah ni. Apakata layan terus resepi...
ROTI PISANG COKLAT CIP tanpa TELUR
source : Wana@Potret Kasih
sharing : Iza Akma SSK
sharing : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 140 gm (1 cup) tepung gandum
- 70 gm (1/2 cup) tepung wholemeal
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp baking soda
- 110 gm (1/2 cup) gula perang ( brown sugar )
- 110 gm (1/2 cup) gula halus ( boleh kurangkan 1/4 cawan gula
jika tak suka manis ) - 1 1/2 tsp vanilla extract ~iza buh perisa butterscotch
- 100 gm (1/2 cup) mentega
- 4 biji pisang masak ( saya guna pisang montel ) ~iza guna pisang berangan
- 1/2 cup coklat cip
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Ayak tepung, baking powder dan baking soda ke dalam satu bekas. Kemudian satukan dengan tepung wholemeal. Gaul rata dan ketepikan.
❀ Di dalam food processor atau blender satukan pisang yang telah dilecek, gula, vanilla dan mentega. Kisar hingga hancur dan sebati.
❀ Satukan bahan yang telah dikisar tadi dengan campuran tepung hingga sebati.
❀ Kemudian masukkan coklat chip. Gaul hingga rata.
❀ Masukkan adunan di dalam acuan loaf 9″ x 5″ yang telah dialas dengan kertas minyak dan dilenser dengan butter.
❀ Bakar dalam oven 180 darjah celcius selama 45 minit – 1 jam.
* jika pisang masak yang digunakan agak manis sila kurangkan gula kepada 3/4 cawan sahaja.
** Kalau nak lebih sedap...biar semalaman dulu barulah dipotong dan dimakan...kek akan lebih moist dan lembut jika di biarkan semalaman terlebih dahulu...

~~ Selamat Mencuba ~~
والسلام
5 comments:
Sa;am menarik npk roti pisang coklat chip...tentu sdp rasanya..npk tebal...boleh le try....tq :-)
Memang kami pun suka beli pisang walaupun selalu tak habis makan, tapi sedap pula kalau dibuat cekodok ke (time tak rajin), kalau rajin sikit buat kek pisang kukus ke, bakar ke... sedap!
Salam perkenalan. Something different kan yang blh dibuat dgn pisang... roti pulak.. selalunya kek ke.. cekodok ke..
as-salam kak Iza Akma
wahhh..gebu dan lembut jer nampak roti pisang akak ni....mesti sedap kan..
en. abah suka sgt. kena cubala. mmg nampak sedappp
Post a Comment