Kari TomYam Ikan Bawal
.... السلام عليكم
Setelah puas hujan membasahi bumi...
Sang suria menyembunyikan diri...
Hari ini sang suria kembali memancarkan sinarnya yang indah nan berseri sekali.
Syukur Alhamdulillah...
Kali ni iza mencuba resepi daripada seorang rakan Fb, Chef Arm. Anda tahu dan kenal siapa Chef Arm? Jika anda berkunjung ke kedai-kedai buku anda akan berjumpa dengan pelbagai buku-buku resepi hasil sentuhan idea beliau yang semuanya kelihatan enak-enak belaka.
Sebanyak 11 buah buku resepi beliau terbitan Buku Prima & Pts Milennia telah pun berada di pasaran. Selain menghasilkan buku, beliau juga sering menyumbangkan resepi-resepi hebat beliau di majalah-majalah dan akhbar. Antaranya majalah Rasa, Seri Dewi & Keluarga, Saji, Maskulin, Wanita, Jelita dan majalah masakan The Cook, akhbar Harian Metro dan Berita Harian untuk tatapan pembaca.
Chef Arm juga turut mengajar kelas masakan, menjadi juri pertandingan dan seringkali juga menerima undangan mengadakan demonstrasi masakan di seluruh Malaysia. Beliau merupakan seorang Selebriti Chef Muda Tanah Air yang semakin melonjak naik yang mana pernah beberapa kali muncul sebagai pengacara di kaca TV dalam beberapa program masakan di TV3 dan TV9.
Beliau juga terlibat sama dalam menjayakan program TryMasak bagi mencipta Rekod Memasak Tanpa Henti dalam tempoh 24 jam bagi Malaysia Book of Record. Nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Arm bolehlah lawati di Bidang Masakan Dunia Hidupku.
Tapi sebelum tu, intai-intailah resepi kari tomyam ikan bawal kat bawah tu yer...Rasanya ada sedikit kelainan...paduan rasa kari dengan tomyam. Jika nak tau bagaimana rasanya bila kari dikawinkan dengan tomyam...sudi-sudi lah mencuba...
KARI TOMYAM IKAN BAWAL
recipe by Chef Armsource : Iza Akma SSK
BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor ikan Bawal Putih ~iza guna bawal hitam
- 2 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar Pes Tomyam
- 1 sudu besar Serbuk kari
- 1 sudu besar Serbuk Pati Ayam
- 100 ml Santan ~iza buat santan pekat 1/2 cawan
- 300 ml Air ~iza buat 1 1/2 cawan
- 1 sudu teh Gula Pasir
- 5 batang Kacang Bendi ~iza ganti dgn 1 biji terung bulat
- 2 biji Tomato, dipotong berbaji
- 1 biji Bawang Besar, dipotong berbaji
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Campur gaulkan serbuk kari dengan sedikit air untuk menjadikannya pes & ketepikan.❀ Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Tumis pes tomyam bersama pes kari sehingga naik bau.
❀ Tuangkan air & didihkan.
❀ Taburkan serbuk pati ayam, bendi, tomato, bawang besar dan sedikit gula.
❀ Kemudian masukkan santan dan ikan bawal. (jika nak kuah lebih pekat...lebihkan kuantiti santan, kurangkan kuantiti air)
❀ Reneh sehingga ikan masak dan hidangkan panas-panas.
Selamat Mencuba...
والسلام
2 comments:
salam...
woww mengancamnyee resepi ni kak....mcm terasa2 je kari dan tomyam dlm tekak nihh
as-salam kak Iza Akma
sungguh menyelerakan KARI TOMYAM IKAN BAWAL KAK NI..mengoda sungguh
Post a Comment