IKAN SAPIT
.... السلام عليكم
10 Ramadhan pertama (Rahmat Allah) telah pun kita lewati. Kini 10 Ramadhan kedua (Keampunan Allah) sedang dilalui. Sedar tak sedar, bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Begitu cepat dirasakan waktu berlari meninggal pergi setiap detik tanpa menoleh. Inilah hakikat, apabila berada di penghujung zaman masa seakan-akan cepat serta pantas berlalu.
Lihat saja kepada hadis Nabi SAW yang menggambarkan fenomena ini pasti berlaku di akhir zaman. Sabda Rasulullah SAW : "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." (riwayat Tirmidzi)
Jika diamati sebenar-benarnya, terdapat hikmah yang terlalu tinggi di sebalik kondisi umat akhir zaman ini. Umur yang singkat dan masa yang pantas sebenarnya akan menjadikan manusia yang benar-benar beriman tidak mempunyai waktu untuk melakukan maksiat dan dosa. Kerana waktu yang ada semuanya dimanfaatkan untuk mengerjakan ketaatan kepada Allah SWT. Mereka yang mempunyai kesedaran sebegini, tidak akan mempersia-siakan masa yang ada. Sabda Rasulullah SAW : "Terdapat dua kenikmatan yang kebanyakan manusia mensia-siakannya (terhalang daripada mendapat kebaikan dan pahala) di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang. (riwayat Al-Bukhari)
Selera pada bulan bulan puasa gini adakalanya tak menentu dan sering berubah-ubah. Kalau menu asyik berulang-ulang yang sama....orang yang memasak sekali dengan orang yang nak makan tu pun boleh bosan jugak. Sebab itu lah terhidangnya menu yang diberi nama Ikan Sapit di meja hidangan di kala iftar semalam. Sesekali makan berlauk seperti ni, berselera dibuatnya kerana rasanya ada iras-iras rendang. Ok lah, nak kena cepat-cepat berentri nih....ada projek kuih raya sedang menunggu....
Resepi IKAN SAPIT
:: rcp by Chef Zaidah Mohd Noor
source : Iza Akma SSK
❀ Lumurkan ikan dengan garam dan goreng. Ketepikan.
❀ Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan asam gelugor, gula dan garam. Goreng sebentar.
❀ Kemudian masukkan santan dengan daun limau purut. Didihkan.
❀ Masukkan ikan dan masak sehingga kuahnya pekat. Hidangkan.
:: rcp by Chef Zaidah Mohd Noor
source : Iza Akma SSK
Bahan-Bahan :
- 1.5 kg/2 ekor ikan tongkol dibersihkan & dipotong
- 2 keping asam gelugur
- 1 sudu teh gula /secukup rasa
- 1 sudu teh garam/secukup rasa
- 300 ml pati santan
- 5 helai daun limau purut
- minyak untuk menumis
Bahan-Bahan Kisar :
- 20 tangkai cili kering, dibuang biji dan direndam
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 2 batang serai
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu teh biji jintan putih
- 1 sudu teh biji lada hitam
- 2 sudu besar kerisik
Caranya :
❀ Lumurkan ikan dengan garam dan goreng. Ketepikan.
❀ Panaskan minyak dalam kuali. Goreng bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan asam gelugor, gula dan garam. Goreng sebentar.
❀ Kemudian masukkan santan dengan daun limau purut. Didihkan.
❀ Masukkan ikan dan masak sehingga kuahnya pekat. Hidangkan.
3 comments:
salam ramadhan iza...mmg nmpk best ikan sapit tu, betul la kan, bhn2 diapun mcm buat rendang...nnt akk nk try la, thnx ye iza...
Menarik sungguh resepi ikan sapit ni... tq share resepinya!
Dah cuba resepi ini! Sungguh sedap! Hebat sehingga menjilat jari! Terima Kasih Banyak2!
Assalamualaikum! :) <3
Post a Comment