Resepi KUAH KACANG (2)
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Biasa lah.....kalau di bulan-bulan puasa selera makan kita ni satu macam aje. Masa ini lah selera tu pandai memilih itu memilih ini. Kekadang tu pulak serasa seperti mengidam sesuatu. Aneh betul selera ni kan. Pokok pangkalnya pada kita. Kita yang kena pandai kontrol diri seperti kata peribahasa, ' Ikut hati mati, Ikut rasa binasa, Ikut nafsu lesu'.
Sebenarnya sebelum puasa lagi asyik duk teringat-ingat nak makan nasi impit dengan kuah lodeh dan kuah kacang. Tapi tu lah selalu tertangguh-tangguh sampai lah masuk puasa. Nak ditangguh, raya lambat lagi.....puasa pun baru jer. Akhirnya dengan gigih menjadi jugak kuah kacang dengan lodeh idaman untuk iftar semalam. Ahli rumah tiada bantahan sebab depa pun memang suka.
Elok juga buat nih, tak payah lagi nak masak nasi lauk-pauk segala. Walaupun penyediaan bahan-bahan rempah ratusnya agak meremehkan tapi hasilnya berbaloi, puashati. Makan ini saja pun dah lebih dari cukup.....mengenyangkan.....tak perlu bermacam-macam makanan lain.
Lagipun ahli rumah ni bukan lah pemakan sangat lagi-lagi bulan puasa ni. Masak pun ala kadar.....banyak-banyak nanti buat bazir jer. Tambah pulak dengan harga barang makanan sekarang ni dah tak macam dulu lagi .....semuanya naik mencanak macam roket. Kalau berbelanja ikut nafsu yang kaya pun boleh kayap jadinya. Dan kalau makan pulak ikut nafsu boleh hilang nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan. Jadi ada baiknya kita ini bersederhana dalam semua segi. Itu yang dituntut.
Kalau raya nasi impit buat sendiri tau.....tak main lah yang instant sebab yang buat sendiri tu lagi best, lagi lembut berbanding segera. Tapi kalau untuk sesaja makan macam nih yang segera tu jugak yang dicari sebab lebih mudah.....tak perlu buang tenaga tanak nasi mengimpit bagai.....hi hi hi.
Pada siapa yang ingin mencuba, silakan. Untuk kuah lodehnya akan menyusul.....
Resepi KUAH KACANG (2)
by Iza Akma SSK
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan gula merah
garam & gula pasir secukup rasa
minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil biji jintan manis*
1/2 sudu kecil biji jintan putih* (* sangai )
1 batang serai
1 inci lengkuas
12 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/4 inci kunyit hidup ~ yang ni agak-agaklah ya
Masukkan 2 cawan air dan kacau rata.
kemudian masukkan kacang tanah, gula merah, gula pasir, garam dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan kecilkan api. Masak hingga kuahnya pekat.
Hidangkan bersama nasi impit atau ketupat.
by Iza Akma SSK
Bahan A :
150 gm kacang tanah ~ sangai, buang kulit dan tumbuk1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan gula merah
garam & gula pasir secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Kisar :
1 sudu kecil biji ketumbar*1/2 sudu kecil biji jintan manis*
1/2 sudu kecil biji jintan putih* (* sangai )
1 batang serai
1 inci lengkuas
12 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1/4 inci kunyit hidup ~ yang ni agak-agaklah ya
Caranya :
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik aromanya.Masukkan 2 cawan air dan kacau rata.
kemudian masukkan kacang tanah, gula merah, gula pasir, garam dan air asam jawa. Biarkan mendidih dan kecilkan api. Masak hingga kuahnya pekat.
Hidangkan bersama nasi impit atau ketupat.
2 comments:
Wow! mengancam...
wahhh.. sedapnyerrrr!!! rajin akak wat nasi himpit sendiri. tun kalu terdesak xcukup nasi himpit instant tu je baru wat sendiri. hihi
Post a Comment