APOM LENGGANG
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Tak pernah buat apatah lagi makan and of coz rasa apom lenggang yang sebenar pun tak tahu. Sebelum ni ada baca di blog kawan-kawan tapi habis takat itu aje tak terlintas pun nak buat. Tapi selepas nampak Zalieda Zaliedana post di fb baru-baru ni, baru lah timbul rasa hati nak buat.
Resipi soh guna 3 biji telur tapi saya buat 2 biji jer, kemudian saja suka-suka tambah pandan paste. Saya buatkan apom tu nipis-nipis. Sebabkan selama hidup belum pernah sekali pun makan..... sebaik saja siap masak, ambil sekeping dan rasa. Oooo, begini rasanya apom lenggang. Okay, sedap! Baru-baru masak masih panas, terasa kerangupan di bahagian tepi tapi lembut di bahagian tengah. Walau rupanya tak secantik mana namun rasanya dijamin sedap. Tak sia-sia mencuba.
Resipi APOM LENGGANG
by Iza Akma SSK
source ~ Zalieda Zaliedana
1/2 cawan nasi sejuk
3/4 cawan air
1 cawan santan sederhana pekat
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
Bila adunan dah naik, masukkan garam dan kacau sebati. Boleh lah mula di lenggang.
* Kalau apom india ori tak letak yis & telur, tak letak pun takpe. Tapi jika ditambah telur lebih sedap dan bila tambahkan yis, adunan tak perlu ambil masa lama untuk diperam.
by Iza Akma SSK
source ~ Zalieda Zaliedana
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung beras1/2 cawan nasi sejuk
3/4 cawan air
1 cawan santan sederhana pekat
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 sudu teh yis
1 sudu teh garam
Caranya :
Blend nasi bersama air sehingga halus. Masukkan tepung beras, gula, santan, yis, telur, blend lagi hingga sebati. Peram sekurang-kurangnya 1 jam hingga nampak adunan naik.Bila adunan dah naik, masukkan garam dan kacau sebati. Boleh lah mula di lenggang.
* Kalau apom india ori tak letak yis & telur, tak letak pun takpe. Tapi jika ditambah telur lebih sedap dan bila tambahkan yis, adunan tak perlu ambil masa lama untuk diperam.
9 comments:
Salam kenal iza...nmpk sungguh menyelerakan dgn colour hijau 2
salam..
nampak menarik dan sedap la kuih tu..kaler hijau lagi..cantik..
salam Iza, akak tak pernah buat apom lenggang ni makan pun rasa nya belum pernah, hehe makan macam tu sja ke, or makan dgn kari ke?? best jugak tu kan kalau ada lebihan kari or sambal tumis di gandingkan dgn apom ni, boleh try jugak nanti..
@cheq da
Salam kenal cheq da... tkasih singgah :)
@Bbwana adienia
Salam.... :)
@Bicara Kak Noor
Salam K.Noor. Apom lenggang ni saya makan macam tu jer k.noor sbb dah manis kan. Kalau k.noor berhajat nak makan dgn kari/sambal tumis pun boleh tp buh sedikit saja gula atau skipkan saja gula. Sedap gak tu kalau dapat cicah ngan kuah kari...
wow menarik apam hijau ni...nak buat jugalah....teruja gitewww..
Iza... k.gee kak pernah mkn apam lenggang ni... nk cuba laaa... sedapnya
SAMA LA.. TAK PENAH MAKAN GAK APAM LENGGANG NI.. DENGO PN X PENAH ..
Post a Comment