SAMBAL TELUR REBUS
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Sekadar coretan kata-kata indah
Ukhuwah bukanlah pelangi yang indah hanya sebentar...
Ukhuwah bukanlah matahari yang menemani hanya setengah hari...
Tapi ukhuwah adalah hati yang melekat dalam diri
Dan senantiasa ada dalam jiwa...
Dunia terasa indah kerana
Ada ukhuwah yang saling memberi kerana Allah...
Ada sapa dalam duka...
Ada doa dalam kesedihan...
Ada maaf dalam setiap khilaf...
Ada pesan memesan dalam perbaikan diri...
Jika bersabar mampu menjernihkan keadaan
Maka bersabarlah...
Jika dengan keikhlasan mampu menghulurkan sebuah kemaafan
Maka maafkanlah...
Jika keikhlasan mampu membuatmu tersenyum
Maka ikhlaskan lah ia...
Jika senyum dan maaf mampu menjalinkan ukhuwah dan kasih sayang
Maka senyumlah terukir sentiasa di bibir dan di hati...
Walau simple, tetap sedap dan menjadi kesukaan....
SAMBAL TELUR REBUS
by IzaAkma SSK
source ~ DayangJack@DapurKu SaYang
1/2 labu bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
cili kisar secukupnya
sedikit belacan bakar (dikisar)
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Bila sambal dah sedikit memekat masukkan hirisan bawang besar dan telur, gaulkan rata-rata. Hidangkan.
by IzaAkma SSK
source ~ DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-Bahan :
4 biji telur rebus (digoreng)1/2 labu bawang besar (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
cili kisar secukupnya
sedikit belacan bakar (dikisar)
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
1/2 labu bawang besar (dihiris bulat)
Cara :
Tumis bahan-bahan kisar dan cili giling hingga garing. (iza tumis dulu bawang yang dikisar, dah naik bau masukkan cili kisar dan belacan, tumis lagi hingga cili garing dan pecah minyak)Masukkan garam, gula dan air asam jawa secukupnya. Bila sambal dah sedikit memekat masukkan hirisan bawang besar dan telur, gaulkan rata-rata. Hidangkan.
2 comments:
Sambal nampak pekat dan cantik warnanya!
sedap ni selalu buat taim suma stok lauk dah abis lam peti ais
Post a Comment