BANGKIT KACANG HIJAU MODEN
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة | Salam Sejahtera
Melayan selera teringinkan biskut. Tapi bukan biskut empat segi ka... biskut marie ka atau biskut lain hat selalu dok cicah dengan kopi teh. Saya ni plak jenis yang jarang sangat layan biskut seangkatan macam tu. Nakkan biskut raya... hat beli tak mau... nak buatan sendiri. Selera pun ada waktu nak manja-manja jugak kan... layan ja...
Biskut ini jadi pilihan. Walaupun ada satu bahan tak ada, projek mengukis tetap ON. Nak keluar gi beli memang tak la. Lagipun bukan nak guna banyak... secawan je sebab cuma buat separuh resipi. Jadi gunalah apa yang ada. Dalam fridge ada tepung kacang peas lebih buat kukis raya hari tu. Tepung itu lah saya jadikan sebagai ganti tepung kacang hijau.
Sebabkan tepung tu lama duduk dalam fridge, so saya sangai dulu kerana dibimbangi kelembapan tepung tu nanti akan mempengaruhi tekstur biskut. Begitu juga dengan tepung ubi sangai dulu berasingan dengan tepung kacang hijau. Saya adapt pengalaman buat biskut bangkit sebelum-sebelum ni, yang mana tepung harus disangai agar biskut jadi lebih ringan dan gebu.
Nah ini hasilnya...
Sebab derhaka tepung, bangkit kacang hijau dah jadi bangkit kacang peas. Aci tak?
Hehe... aci tak aci... biskut dah pun jadi.
Rangup, ringan dan gebu je... Sedap!
Untuk hiasan, guna apa ada... almond nib campur bijan hitam.
Agaknya kalau guna tepung kacang hijau yang sebenar sure sedap terlagi-lagi kan.
BISKUT BANGKIT KACANG HIJAU MODEN
by IzaAkma SSK
source: MyResipi (kak besah)
❀ Masukkan kuning telur & pewarna hijau, putar 10 saat agar sebati.
❀ Ayak semua tepung bersama baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. Tambah sikit tepung gandum jika adunan masih lembik. Tak mengapa, jika doh nampak agak lembik pada awalnya. Selepas beberapa ketika doh akan jadi semakin keras kerana tepung akan mengembang.
❀ Gelek doh di antara 2 plastik, terap dengan bentuk yang digemari dan susun atas dulang yang telah disapu mentega.
❀ Sapu nipis kuning telur dan tabur apa-apa jenis kekacang yg disukai.
❀ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu, 160c selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Akak suka bakar dgn suhu 150c saja, agak lama lah tempoh membakarnya.. tapi hasilnya biskut akan jadi garing, ranggup & tahan lama.
source: MyResipi (kak besah)
BAHAN-BAHAN :
- 1 cwn mumbung (150 gm) Gula Aising / 1 cwn rata Gula Halus
- 250 gm Butter
- 2 biji Kuning Telur (B)
- 2 cwn rata Tepung Kacang Hijau (dalam peket)
- 2 cwn rata Tepung Ubi
- 1/2 cwn rata Tepung Gandum
- 1 sdt mumbung Baking Powder
- 1 sdm Pewarna Hijau (jika suka)
BAHAN HIASAN :
- Kuning Telur
- Kekacang (badam flake atau kekacang lain)
CARA PENYEDIAANNYA :
❀ Putar butter & gula hingga sebati. ❀ Masukkan kuning telur & pewarna hijau, putar 10 saat agar sebati.
❀ Ayak semua tepung bersama baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut. Tambah sikit tepung gandum jika adunan masih lembik. Tak mengapa, jika doh nampak agak lembik pada awalnya. Selepas beberapa ketika doh akan jadi semakin keras kerana tepung akan mengembang.
❀ Gelek doh di antara 2 plastik, terap dengan bentuk yang digemari dan susun atas dulang yang telah disapu mentega.
❀ Sapu nipis kuning telur dan tabur apa-apa jenis kekacang yg disukai.
❀ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu, 160c selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak. Akak suka bakar dgn suhu 150c saja, agak lama lah tempoh membakarnya.. tapi hasilnya biskut akan jadi garing, ranggup & tahan lama.
3 comments:
sedap ni...pecah di mulut ke cair di mulut he he heee.
Salam kak, nmpk mmg sedap,saya tiap2 tahun buat resipi kak, lovina dgn cappuccino Square mmg sedappp, thank kak semoga ALLAH SWT MURAHKAN REZEKI KAK AMIN
@Unknown
W'salam. Alhamdulillah happy saya dengar. Terima kasih ye sudi mencuba rcp cookies di SSK. Terima kasih juga atas doa. Moga Allah memurahkan rezeki anda juga, amin.
Post a Comment