PULUT SRIKAYA
Udah lama tak menalam.. hari ke hari , minggu ke minggu tekak mengidam bebenor kuih talam serimuka
Resipi dah bertapa lama dalam hp tak terbuat-buat.. baru ni sampai seru nak buat
Yang sebenor-benornya teringin sangat nak merasa kuih ni sebab srikaya nyer tu lain sikit..
Nak buat satu resipi takut tak habis jadi saya separuhkan , just nak cuba je..
Tapi bila potong dan rasa , alahaii macam tak cukup pula buat separuh.. next time kena buat full
Untuk 1/2 rcp :
- menggunakan loyang 6"sq
- sebab tak suka manis , gula pasir.. 65gm saja
- telur.. 2 biji telur A
- pulut.. pulut susu
- gula merah.. suka gula merah cap bintang , lebih bersih tak payah risau ada batu ke apa jadi bila kisar mudah hancur.. bila masak buat sirap gula tak payah tapis pun tak apa
Cara saya..
- tepung gandum + tepung kastad + telur + garam.. whisk sekadar rata , ketepikan
- satukan gula pasir , gula merah , jus pandan & santan dalam pengisar dan kisar sampai gula hancur
- tuangkan bahan kisar sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung + telur tadi sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan adunan nampak licin tak bergentel
- alaskan loyang dengan plastik tahan panas
- lain-lain follow resipi
Tips Mengguna Santan Kotak :
- pekat.. 1 santan : 1 air
- sederhana.. 1 santan : 2 air
- cair.. 1 santan : 4 air
- untuk mendapatkan santan yang sedikit berminyak seperti santan asli.. setiap 500 ml santan + 2 sdm minyak
source : Irfan Syazwanshah
❀ Sementara itu satukan kesemua bahan lapisan bawah kecuali telur , kisar kemudian tapis
❀ Kacau telur dan satukan dengan bahan tadi kemudian tapis lagi
❀ Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap / pekat sedikit
❀ Curahkan ke atas pulut yang sudah masak tadi
❀ Kukus selama 25 minit sehingga masak
❀ Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong
❀ Pulut srikaya siap untuk dihidang

by House of SSKsource : Irfan Syazwanshah
BAHAN LAPISAN BAWAH :
- 370 gm Beras Pulut | rendam 30 minit
- 270 gm Santan
- 1 helai Daun Pandan
- Secubit Garam
BAHAN LAPISAN ATAS:
- 300 gm Santan Pekat
- 100 gm Jus Pandan | kisar 3 helai daun pandan + 100 gm air , tapis & timbang.. jika timbangan kurang 100gm cukupkan dengan air
- 150 gm Gula Pasir (tak mahu manis kurangkan)
- 100 gm Gula Merah
- Sedikit Garam
- 2 sdm Tepung Gandum
- 1 sdm Tepung Kastard
- 5 biji Telur Gred A / B
CARA PENYEDIAAN :
❀ Satukan kesemua bahan lapisan bawah dan kukus dalam loyang 8x8 selama 25 minit sehingga masak ❀ Sementara itu satukan kesemua bahan lapisan bawah kecuali telur , kisar kemudian tapis
❀ Kacau telur dan satukan dengan bahan tadi kemudian tapis lagi
❀ Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap / pekat sedikit
❀ Curahkan ke atas pulut yang sudah masak tadi
❀ Kukus selama 25 minit sehingga masak
❀ Sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong
❀ Pulut srikaya siap untuk dihidang
hmm sedapp..!! lapisan pulut yang lembut
dan lapisan srikaya yang begitu menyerlah dengan aroma & kewangian pandan
di sebalik lemak manis gula merah
di sebalik lemak manis gula merah
1 comment:
sedapnyer...
Post a Comment