KEK BUAH KUKUS
Assalamualaikum & Salam Sejahtera serta Salam 12 Syawal 1439H daripada SSK untuk semua pengunjung seleraputeri.blogspot.my
Kek dah selamat habis , baru ada masa entri. Berkira-kira juga awalnya nak buat kek nih. Sebabkan belum pernah cuba tambah lagi sudah tersimpan lama keinginan nak buat , terhasil juga akhirnya. Kek yang moist... makin lama simpan... lagi moist. Buah yang bertabur cantik , tak mendap dan tak begitu manis... manis-manis buah kata orang. Masam-masam prune menyeimbangkan lagi rasa dan menambah sedap serta mewah pada kek. Untuk hasil yang baik sila ikuti tips yang disertakan di bawah.
KEK BUAH KUKUS
by House of SSKsource : Chef Asma_Uli Uli Aidilfitri RTM
BAHAN A :
- 250 gm Butter
- 75 gm Gula Perang
- 3 biji Telur
- 1 tsp Esen Vanila
- 100 gm Buah Prune | cicncang halus
- 350 gm Buah-Buahan Campuran
- 350 gm Tepung Gandum
- 1/2 tsp Baking Powder
- 1/4 tsp Soda Bikarbonat
- 1/4 tsp Serbuk Kayu Manis
- 1/2 tbsp Gula Hitam
- 150 gm Gula Pasir
CARA PENYEDIAAN :
❀ Putar butter dan gula perang sehingga berkrim
❀ Masukkan telur , vanila dan gula hitam.. putar sebati
❀ Satukan kesemua bahan kering dan masukkan ke dalam adunan.. adun rata
❀ Masak gula pasir Bahan (B) sehingga kekuningan dan tuangkan ke dalam adunan kek (semasa masih panas)
❀ Adun sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke atas permukaan kek
❀ Kukus selama 4 jam dalam kukusan yang sudah betul-betul mendidih. Jika air kukusan berkurang selama tempoh mengukus.. tambah dengan air panas mendidih
❀ Sejukkan seelok-eloknya semalaman sebelum dipotong

Tips daripada Chef Asma :
** lagi moist dari yang dikukus dalam tupperware 2 jam
** resipi ini untuk 1 loyang 6 in x 6 in x 3.5 in (nak buh dalam loyang apa pun boleh.. ikut suka tapi jangan guna tupperware plastik.. tak sesuai untuk kukus 4 jam)
** wajib kukus 4 jam.. jangan kurang dari itu
** gula hitam adalah black trackle / golden syrup pun boleh
** tak suka serbuk kayu manis , boleh bubuh serbuk pala atau tak payah bubuh
** nak lagi lembap tambah 1/2 tbsp glycherin
** buah prune wajib bubuh baru sedap

1 comment:
Terima kasih atas perkongsiannya sangat me Bantu. Saya ambil perkongsiannya sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
Post a Comment