1
Steamed Cheese Chocolate Cake


SAYA TERTARIK UTK MENCUBA SALAH SATU RESEPI YG SAYA PELAJARI DARI CHEF ZUBAIDAH. BIASANYA KITA LIHAT CHEESECAKE VERSI BAKED/CHILLED...TAPI YANG INI VERSI KUKUS PULA. TAK SILAP SAYA DALAM RUMAH CIK MATGEBU PUN ADA RESEPI NI, RESEPI CHEF NORZAILINA. KEBETULAN CREAM CHEESE DAN BAHAN2 YG LAIN PUN ADA...SO TUNGGU APA LAGI OPERASI PUN BERMULA. MEMBUATNYA WALAUPUN SENANG TAPI BANYAK STEP YG PERLU DIIKUTI UTK DAPATKAN HASIL YG TERBAIK. SEBELUM NI SAYA DAH CUBA RESEPI CHEF NORZAILINA. PADA SAYA HASIL DAN RASA KEDUA2 RESEPI NI LEBIHKURANG SAMA. APA-APA PUN KITA LAYAN DULU RESEPINYA.

STEAMED CHEESE CHOCOLATE CAKE

8 BIJI TELUR B - ASINGKAN KUNING & PUTIH
200 GM GULA KASTOR
500 GM CREAM CHEESE
250 GM WHIPPING CREAM
200 GM TEPUNG SUPERFINE
60 GM TEPUNG JAGUNG
2 TSP ESEN VANILLA
1 SDM CHOCOLATE EMULCO

--PUKUL PUTIH TELUR SEHINGGA GEBU. MASUKKAN SEPARUH GULA DAN PUKUL LAGI SEHINGGA KENTAL. KETEPIKAN.
--DI BEKAS YG LAIN PUKUL CREAM CHEESE DAN BAKI GULA TADI HINGGA SEBATI DENGAN WHISK TANGAN.
--MASUKKAN KUNING TELUR SATU PERSATU DAN DIIKUTI DGN WHIPPING CREAM PUKUL LAGI HINGGA RATA.
--MASUKKAN TEPUNG JAGUNG & SUPERFINE, GAUL RATA.
--LAST SEKALI MASUKKAN PUTIH TELUR.
--AMBIL SEDIKIT ADUNAN DAN CAMPURKAN DENGAN COKLAT EMULCO.
--GRIS & ALAS BAWAH LOYANG 8X8. MULA-MULA RATAKAN ADUNAN PLAIN, LEPAS TU BUATKAN JALURAN MEMANJANG DENGAN ADUNAN COKLAT THEN TUTUP LOYANG DGN FOIL, KUKUS 10 MINIT.
--SELEPAS LAYER PERTAMA MASAK LAKUKAN LAYER KEDUA DGN CARA YANG SAMA BEGITULAH SETERUSNYA HINGGA HABIS ADUNAN.
--BIARKAN BENAR2 SEJUK SEBELUM DIPOTONG.

SELAMAT MENCUBA!!

1 sweet comments:

Nieza said...

Akak, nk tanya kek ni nk kukus brapa lama yer? yg cheese tu akak buat lapis2 ke?