0
Masak Lemak Cili Api Rebung


MASAK LEMAK REBUNG CILI API SINONIM DENGAN MASYARAKAT MELAYU. IA MERUPAKAN SALAH SATU MASAKAN TRADISIONAL YANG TERUS DI WARISI HINGGA KINI. JUADAH TRADISI BUKAN SAJA DIGEMARI OLEH ETNIK MELAYU MALAH JUGA DIGEMARI OLEH ETNIK LAIN DI MALAYSIA.

BOLEH DIKATAKAN MASAKAN TRADISI MELAYU JUGA TELAH DI AKUI DENGAN KEENAKAN DAN KELAZATANNYA OLEH PELANCONG-PELANCONG LUAR KE NEGARA INI. KITA SEPATUTNYA BERBANGGA DENGAN KHAZANAH WARISAN YANG KITA ADA INI....


MASAK LEMAK CILI API REBUNG

BAHAN-BAHAN:
1 BUNGKUS (1 KG) REBUNG YANG DIJERUK, toskan airnya dan basuh
10 BIJI CILI API
1 BIJI CILI MERAH
1 INCI KUNYIT HIDUP
3 KEPING LENGKUAS - dititik
2 BATANG SERAI - dititik
2 SUDU MAKAN SERBUK BADAM (menggantikan buah keras bagi memekatkan kuah)
6 ULAS BAWANG MERAH
2 ULAS BAWANG PUTIH
3 CAWAN SANTAN
1/2 CAWAN IKAN BILIS
1 KEPING ASAM KEPING
GARAM DAN SERBUK PERASA

CARANYA:
1. CILI PADI, CILI MERAH, KUNYIT HIDUP, SERBUK BADAM, BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH DIKISAR HALUS.
2. MASUKKAN KEDALAM PERIUK BERSAMA-SAMA REBUNG, SERAI DAN LENGKUAS. MASAKKAN SEKEJAP.
3. MASUKKAN IKAN BILIS, ASAM KEPING DAN SANTAN. BIARKAN MENDIDIH. KACAU SELALU SUPAYA TIDAK PECAH MINYAK.
4. PERASAKAN DENGAN GARAM DAN SERBUK PERASA JIKA SUKA. DIDIHKAN DENGAN API KECIL. BIARKAN KIRA-KIRA LIMA MINIT DAN ANGKAT.

0 sweet comments: