0
Terung Berlada

SELALUNYA BILA MAKAN KAT LUAR, TERUNG BERLADA NI SERING JADI PILIHAN SAYA. USAHKAN TERUNG....APA SAJA JENIS SAYURAN SEMUANYA SUKA. PADA SIAPA YANG INGIN MENCUBA...SILAKAN...TAK RUGI...MEMANG SEDAP!!

TERUNG BERLADA

BAHAN-BAHAN:
2 BIJI TERUNG PANJANG, DIPOTONG 3 DAN DIBELAH DUA
GULA SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
SERBUK PERASA, JIKA SUKA
MINYAK UNTUK MENUMIS

BAHAN UNTUK DIKISAR:
1/3 CAWAN UDANG KERING, DIRENDAM
4 BIJI CILI MERAH
8 BIJI CILI PADI THAILAND
2 BIJI BAWANG BESAR
1 ULAS BAWANG PUTIH
2 CM BELACAN
2 SUDU BESAR CUKA

CARANYA:
1. TERUNG DISALAI ATAS KUALI SEHINGGA LEMBUT.
2. PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN YANG TELAH DIKISAR SEHINGGA NAIK BAU.
3. KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN PERASA. SAMBALNYA KENA RASA PEDAS, MASIN, MASAM DAN SEDIKIT MANIS.
4. BILA REMPAH SUDAH PECAH MINYAK, MASUKKAN TERUNG YANG TELAH DISALI DAN GAUL RATA.
SEDIA UNTUK DIHIDANG.

0 sweet comments: