0
Nagasari Cendol



Satu hari tu...belek-belek majalah RASA koleksi lepas-lepas...jumpa dengan resepi ni. Excited nak buat sebab tengok gambar nampak macam sedap je.  Jadi pagi semalam saya berkesempatan membuat nagasari ni dengan harapan kuih akan menjadi.  Memasak adunan tiada masalah...tapi masalah sikit bila nak membungkus...tapi teruskan juga.  Setelah selesai membungkus saya masukkan kedalam petisejuk sebab kuih ni lebih sedap jika dimakan dingin.  Time minum petang...bila saya buka lipatan daun pisangnya...hmmm...menjadi sungguh nagasari cendol ni, tampak cantik sekali berkilat sama seperti dalam gambar majalah...tak sia-sia mencuba.  Rasanya pun best sangat...lembut...cukup rasa manis dan lemaknya.  Boleh masuk list untuk menu buka puasa nanti...yelah bulan ramadhan pun dah tak lama lagi kan...Pada sesiapa nak mencuba silakan.


NAGASARI CENDOL

Bahan-Bahan:
80 gm tepung hong kwee
100 gm tepung jagung
200 gm gula kastor
1/2 tsp garam
900 ml santan pekat
1 liter air
150 gm cendol
Daun Pisang secukupnya



Caranya:
  1. Campurkan tepung hong kwee, tepung jagung, gula, garam, santan pekat dan juga air dalam periuk.
  2. Kacau rata dan kemudian masak di atas api yang perlahan. Kacau hingga pekat.
  3. Apabila adunan mula pekat, masukkan cendol dan tutup apinya.
  4. Sediakan daun pisang dan letakkan empat sudu makan adunan di atas daun lalu dibungkus.
  5. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


0 sweet comments: