0
Biskut Honey Cashewnut

Resepi ni saya cedok dari rancangan masakan Chef Liza Bersama Daisy tahun lepas. Chef Liza namakan biskut ni Biskut Kacang Daisy. Tapi sebab saya gantikan kacang tanah dengan cashewnut jadi saya namakannya dengan Honey Cashewnut. Biskut ni sedap penuh dengan rasa kacang.

Bahan A:
  • 120 gm tepung naik sendiri (saya cuma gunakan tepung gandum biasa)
  • 60 gm tepung gandum
  • 40 gm tepung beras
  • 60 gm gula perang halus
  • 20 gm gula kastor
  • 1/2 tsp baking powder (saya buh sikit je 1/2 drpd 1/8 tsp)
  • 1/2 tsp soda
Bahan B:
  • 100 gm kacang tanah - bakar & kisar xkasar dan xhalus (saya guna serbuk cashewnut)
  • 60 gm cornflakes - kisar halus
  • 1 tbsp peanut butter daisy
Bahan C:
  • 120 gm minyak jagung daisy
  • 1 tsp madu
Glaze:
  • 1 kuning telur
  • 1 tbsp susu cair
  • Bijan putih
  • Bijan hitam
Caranya:
  1. Satukan bahan A.
  2. Satukan bahan B dan masukkan dalam A.
  3. Satukan pula bahan C dan masukkan dalam campuran A&B. Uli sehingga jadi doh.
  4. Canai dan terap dengan acuan yang disukai. Hiaskan dan bakar hingga masak.

0 sweet comments: