Tat Nenas
Seperti kebiasaan saban tahun saya mengambil tempahan biskut raya dan kek lapis. Untuk tahun lepas je saya menerima tempahan sebanyak 50 carton. Faham-faham aje la kan nak menyiapkan tempahan sebanyak itu memerlukan bukan sedikit masa dan tenaga. Tapi Ramadan tahun ni saya nak relaks sikit untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga. Namun begitu rezeki dari Allah SWT syukur alhamdulillah. Walaupun tahun ini saya bercuti sementara tapi saya masih menerima panggilan telefon daripada customer2 saya untuk tempahan....terima kasih banyak-banyak. Saya mintak maaf kerana tak dapat memenuhi permintaan anda semua. Insyaallah jika ada rezeki tahun depan bolehlah kita bekerjasama semula.
Walaupun saya tidak membuka tempahan pada ramai, saya masih ambil tempahan sikit-sikit daripada adik-beradik dan saudara mara terdekat. Diorang ni biasalah awal-awal bila saya tanya semuanya buat dek je....dah last-last minit macam ni barulah bagitau nak biskut itu nak biskut ini....dah tu bukannya sikit-sikit....banyak-banyak. Kerana itu seminggu dua ni sibuk sangat hingga tak sempat nak update my blog. Dalam pada itu, sempat juga lah saya siapkan beberapa jenis biskut untuk dibawa balik ke kampung...itupun biskut yang simple-simple aje....tak kisahlah janji ada biskut yang nak dibawa pulang beraya.
Pertamanya, tat nenas. Tat ni sedap, lemak dan cantik je gebunya. Resepi cnp dari blog knor....mintak halal knor....
TART NENAS
Hiasan:
Cara2:
* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..

- 250gm butter
- 2 sudu besar gula castor
- 2 sudu besar minyak sapi
- 1 bj kuning telur
- 1 sudu besar tepung kastard
- 1/2 cawan tepung jagung
- secubit garam
- 1 sudu kecil esen vanilla (yg ini saya tambah)
- 3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
- (3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)
- jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)
Hiasan:
- 1 bj kuning telur
- 1 titik pewarna kuning
- 1 sudu air (saya ganti dengan sedikit minyak untuk lebih berkilat)
Cara2:
- Ayak ke tiga2 tepung.
- Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
- Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
- Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
- Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
- Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
- Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
- Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
- Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
- Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
- Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
- Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
- Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
- Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..
No comments:
Post a Comment