0
Ayam Goreng Masam Manis


Lauk yang saya ceritakan dalam posting semalam. Lauk ayam ni sangatlah sedapnya, memang serasi dipadankan dengan nasi harisa. Rasa ayam ni kan....masam-masam manis. Bila dimakan bersama nasi harisa tu....u all can imagine tak....seakan kita makan nasi beriani bersama ayam madu kat kedai mamak....malahan lebih sedap lagi dari itu. Sepatutnya lauk ini agak kering sedikit, barulah sesuai dengan namanya ayam goreng masam manis. Tapi saya tak nak kering sangat sebab nak kan sedikit berkuah bila makan dengan nasi.


AYAM GORENG MASAM MANIS

Bahan-Bahan
  • 1/2 kg ayam
  • 1/2 kg ubi kentang [tak buat sbb dah habis]
  • 2 labu bawang besar [hiris]
  • 2 biji limau kasturi
  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap pekat [saya gantikan dgn 2 sudu besar kicap manis]
  • 1 sudu besar kicap masin [tak bubuh sbb tak de]
  • 1 cawan air
  • minyak untuk menggoreng
  • 4 helai daun kari
Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang putih [dihiris]
  • 3 ulas bawang merah [dihiris]
  • 2 cm halia [dihiris]
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 6 sudu besar serbuk kari
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
Caranya
  • Ayam dipotong enam dan dibersihkan. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Gorengkan ayam setengah masak.
  • Ubi kentang dibelah empat dan direbus setengah masak. Kemudian goreng.
  • Panaskan minyak, masukkan bahan hiris, kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan tomato sos dan sedikit air. Tumis lagi sehingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan sos cili, kicap pekat, kicap masin, air limau kasturi, air dan daun kari.
  • Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang. Gaul hingga rata dan masak.
  • Terpulang pada masing-masing sama ada nak berkuah pekat atau agak-agak kering.

0 sweet comments: