0
Nasi Goreng Tom Yam


Nasi goreng merupakan satu menu yang biasa disajikan sejak zaman tok nenek lagi. Ia juga boleh di kira menu seimbang andainya dicampurkan sekali dengan bahan-bahan dari sumber protein seperti ayam, daging, telur serta vitamin daripada sayuran. Selain berkhasiat, ianya cepat dimasak, mudah disediakan dan disukai oleh anak-anak. Resepi asal dari kak Liza tapi ada sedikit penambahan bahan....biasalah kan....tangan ni mesti nak tambah juga itu, ini.....tapi the result memang best.


NASI GORENG TOM YAM

Bahan-Bahan
  • 2 mangkuk nasi, peroikan
  • 100 gm udang, buangkan kulit
  • 100 gm sotong, potong kecil
  • 100 gm isi ayam, hiriskan nipis
  • 100 gm carrot, potong dadu
  • 100 gm kobis bulat, potong kecil
  • 1 bij telur
  • 1 tangkai bunga kantan, dihiris halus >> sendiri tambah
  • 1/2 kiub perasa tom yam >> sendiri tambah
  • 2 sudu besar sos ikan >> sendiri tambah
  • Daun ketumbar, dihiris halus
  • Ciliapi, ditumbuk (kalau nak lebih pedas)
  • Garam

Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 batang serai >> tak letak sbb dah ganti dengan kantan
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 s/b udang kering

Cara
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
  • Masukkan ayam, carrot, perasa tom yam dan hirisan bunga kantan. Kacau rata sehingga masak.
  • Masukkan udang, sotong, kobis, sos ikan dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  • Masukkan nasi dan kacau rata.
  • Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
  • Rasakan garam dan tutup api.
  • Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali lagi.
  • Hidangkan.

0 sweet comments: