0
Penkek Pisang


Walau di internet ada pelbagai resepi penkek namun hati saya tetap jatuh cinta dengan resepi yang satu ni....resepi yang telah saya simpan sejak tahun 1980-an lagi. Tapi, bukan bermakna saya akan pandang sepi pada resepi-resepi penkek yang lain yer....apa-apa pun saya tetap akan mencari, mengumpul dan mencuba resepi lain. Pada saya dan keluarga, penkek ni punya rasa yang enak, lemak berkrim serta maintain lembut dan gebu walau telah sejuk. Resepi yang menjadi kesayangan saya dari dulu, kini dan selama-lamanya....Tak caya....jom lah cuba ....


PENKEK PISANG

Bahan-Bahan
  • 120 gm tepung gandum
  • 30 gm gula halus
  • 30 gm butter/marjerin
  • 125 ml susu segar
  • 1/2 sudu teh krim tartar (tak letak pun tak apa)
  • 1/4 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 telur B
  • 1 biji pisang montel, dipotong dadu (sapa suka lebih, letak lah lebih)
  • 1 sudu besar kismis, dihiris halus
Cara
  • Ayak tepung, krim tartar dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk adunan.
  • Ramaskan butter/marjerin dengan tepung hingga adunan kelihatan seperti serbuk roti.
  • Campurkan gula dan kacau rata-rata.
  • Buat lubang di tengah adunan dan masukkan telur dan susu.
  • Kacau adunan menjadi bater pekat. Bater akan bergentel sedikit kerana adanya lemak di dalamnya.
  • Panaskan pan/kuali non-stick.
  • Ratakan satu senduk kecil ke atas kuali panas dan masak hingga berbuih dan pecah buihnya.
  • Balikkan bater dan masak pula sebelahnya hingga kuning. Angkat.
  • Ulanglah dengan cara yang sama sehingga habis adunan.
  • Hidangkan bersama jem atau dengan apa saja yang anda suka.

'....aiskrim pun tak nak duk diam kat atas....dah nak jatuh daa...'

Tips: Jika menggunakan kuali non-stick, tidak perlu disapu minyak. Butter daripada bater cukup untuk melicinkan kuali. Terlalu banyak minyak akan membuat permukaan bater tidak cukup kuning.

0 sweet comments: