0
Mee Hoon Goreng Tom Yam

Assalamualaikum.
Amacam semua pagi ni....dah breakfast ke? Tentu semua sudah kan....Lihatkan matahari kian meninggi serta jarum jam bergerak laju menuju ke waktu tengahari....sat lagi dah nak masuk time lunch pula....takkan la masih ada yang belum lagi kot. Haa, bila dah keluar gambar mee hoon goreng, semua boleh agak kan apakah bfast kami pagi ni. Ya, inilah bfast yang sempat saya masakkan pagi ni tambahan pula cuti sekolah anak-anak semua ada kat rumah.


MEE HOON GORENG TOM YAM

Bahan-Bahan
  • 1 bungkus mihun [rendam hingga lembut, toskan]
  • 300 gm udang
  • 200 isi ayam
  • 3 ulas bawang putih [diketuk]
  • 5 ulas bawang merah [dikisar]
  • 2 batang serai [diketuk sikit]
  • 2 kiub perencah tomyam [maggi/knorr]
  • cili api (bagi yang mahukan lebih rasa pedas)
  • 1 biji telur
  • 3 helai daun limau purut [dicarik2kan]
  • sayur kobis [dipotong panjang]
  • lobak merah [dipotong spt batang mancis]
  • 2 biji tomato [dihiris nipis]
  • 1 mangkuk air (jika ingin mi basah lebihkan sukatan air)
  • daun saderi

Caranya
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
  • Masukkan pula bawang merah yang telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur.
  • Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap gunakan stok udang. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur-sayuran (kobis, lobak merah dan tomato). Masukkan juga daun limau purut yang telah dicarik2kan.
  • Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng lagi hingga ramuan sebati dan mihun menjadi lembut (jika ingin mee yang basah lebihkan air/stok udang).
  • Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan hirisan daun saderi.

Source: secubitgaramNor67.blogspot.com

~pesan dari dapur singgahsana~
Untuk membuat stok udang: Rebuskan kepala dan kulit udang yang telah dibersihkan sehingga mendidih. Setelah sejuk, blend kulit udang,kepala beserta airnya sekali hingga halus. Kemudian tapis, ambil airnya sementara hampasnya dibuang. Simpan dalam petisejuk. Bolehlah digunakan dalam masakan.

0 sweet comments: